Popular Today

Khamis, Mac 17, 2011

Kerusi DUN Sarawak : Bukti PKR perlekehkan rakyat Sarawak!!!

Belum lagi berkuasa, nampaknya PKR dah mula tunjukkan keangkuhan dan 'gila kuasa' kepada rakyat Sarawak [SINI].

Ini berikutan Tindakan PKR yang meletakkan dirinya bertading di 40 buah kerusi di Sarawak.. ini maknanya, PKR mempunyai nafsu besar untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak.. kerana Sarawak mempunyai lebih 70 buah kerusi DUN.. siapa yang lebih dapat kerusi maka dia yang layak jadi ketua menteri.. inilah sifir ringkas yang telah di kira oleh PKR yang diketuai oleh Aljuburi.

Ianya bukan sahaja menunjukkan kengakuhan PKR tetapi jika dilihat dari aspek moral orang Sarawak ianya adalah satu penghinaan dan memperlekehkan rakyat Sarawak.

Rakyat Sarawak dikenali dengan budayanya tersendiri, orangnya sangat lembut budi perkerti, hospitalitinya sangat baik, namun tegas dalam tindakannya.. masakan tidak.. lihat sahaja UMNO dari semenanjung masih tidak boleh bertapak di Sarawak.. ini membuktikan ketegasan politik rakyat Sarawak kerana mereka mempunyai cara berpolitik tersendiri.

Inikan pula PKR dahlah tidak pernah berjasa kepada rakyat Sarawak, berlagak dan sekarang menghina rakyat Sarawak... ianyanya adalah tindakan memperkecilkan parti yang berasal dari Sarawak..

Apabila PKR hanya memberikan 4 kerusi kepada SNAP berbanding 16 kerusi yang dimintanya.. ialah usaha memperlekehkan orang Sarawak..

Kepada rakyat Sarawak perkara ini perlu dilihat secara serius bagaimana PKR bukan sahaja tidak menghormati rakyat Sarawak bahkan lenih teruk lagi PKR ini menghina rakyat Sarawak.. cub bayangkan jika PKR berkuasa di Sarawak nanti.. pastinya rakyat Sarawak hanya akan menjadi hamba kepada PKR!!!!

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda