Popular Today

Ahad, April 17, 2011

Masa Murugiah untuk berundur sudah tiba

KUALA LUMPUR 17 April — Perkhidmatan Datuk T.Murugiah sebagai Ahli Dewan Negara berakhir esok, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Sehubungan itu, perkhidmatan Murugiah sebagai Timbalan Menteri Persekutuan juga tamat esok, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Murugiah, 47, merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Murugiah telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 19 April 2008 dan seterusnya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan pada 10 April 2009.

"Bagi pihak kerajaan, saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Senator Datuk Murugiah a/l Thopasamy di atas sumbangan, khidmat bakti dan perkhidmatan beliau sebagai Ahli Dewan Negara dan Timbalan Menteri Persekutuan,” kata Sidek.

Murugiah merupakan bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) dan kini anggota MIC setelah menyertai parti itu tahun lepas. — Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eloklah tu. Pergilah, nyahlah saja. Bagi kedudukan pun tak tahu nak berterima kasih. Buat kacau pandai. Di PPP kacau dalam PPP, di MIC kacau sensitiviti orang Melayu pula. Macam2 dah dia buat nak cari sokongan dan populariti daripada kaumnya sendiri, tapi yang kena bayar kerajaan dan orang Melayu juga.

La ni kuarantina saja dia ni. Bagi dia duduk diam2 saja. Pariah betul.

Kongsi Link Anda