Ahad, Mei 01, 2011

Tun M : Sumpah Laknat Eskay betul!!!

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammed berkata ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hak melakukan sumpah laknat untuk mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks yang dirakamkan pada Februari lalu.

Dalam sidang media di Alor Setar semalam, Mahathir berkata, perkara itu dilakukan kerana Eskay merasakan beliau mempunyai hak melakukannya.

Manakala pihak yang enggan bersumpah pula mungkin merasa melakukan kesalahan, kata Dr Mahathir sambil menegaskan kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama.

Bagaimanapun, tidak semua senada dengan pendapat Dr Mahahir itu. Terdapat pihak yang berpendapat bahawa kemuliaan masjid telah dicemari dengan tindakan yang diambil di Masjid Sentul semalam.

Bagi Naib Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid, tindakan Eskay bersumpah di sebuah masjid di Sentul pada Jumaat sebagai propaganda terbaru tajaan Umno.

Beliau juga mendakwa majlis angkat sumpah itu merupakan Bidaah Dalalah (bidaah yang sesat) dalam Islam.

******
Bodoh si PKR ni... dia yang cemar kesucian masjid dengan menjerit2 dan sembahyang 2 imam... lepas tu dia tuduh orang lain yang cemari masjid... bodoh3X...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebagai seorang muslim yang teraniaya, untuk membersihkan diri dan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah, salah satu kaedah yang diamalkan olih ulama terdahulu ialah mengamalkan sembahyang hajat dan bacaan yasin dengan setiap kali dibuat seramai 40 orang. ianya dibuat selama 40 malam berturut-turut. saya sarankan kepada sesiapa yang mahukan kebenaran dalam kekalutan ini mengamalkannya terutama kepada saiful, umi hafilda, ds najib dan terbaru eskay serta ds anwar dan lebih-lebih lagi kepada pemuja ds anwar. mohonlah agar allah musnahkan kebatilan dan tunjukan kebenaran dan menghukum mereka yang telah melakukan dosa besar iaitu menuduh seseorang telah meliwat, berzina atau tuduhan itu sekada fitnah semata-mata. ianya adalah khusus untuk kes yang melibatkan tuduhan kepada ds anwar olih saiful, umi hafilda, ds najib dan d eskay. saya sarankan kepada bloger pro kerajaan supaya menyampaikan kaedah ini kepada semua nama yang saya sebutkan tadi dan kepada bloger pro pembangkang.

Kongsi Link Anda