Rabu, Julai 06, 2011

Demonstrasi haram berSHIT : apa-apa boleh berlaku

Demonstrasi haram berSHIT : apa-apa boleh berlaku

Setuju dengan pandangan Awang Selamat, rampasan 36 botol bom petrol, 20 bilah parang dan sejumlah bebola besi dalam serbuan polis Selangor menunjukkan unsur-unsur subversif memang wujud dalam perhimpunan haram Bersih.

Mujur penganjur Bersih menarik balik perhimpunan haram itu diadakan di jalan raya dan ditukar ke stadium. Itu pun setelah diperkenankan menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.

Kalau penganjur Bersih terus berdegil, bayangkan apa yang akan berlaku di ibu negara kita Sabtu ini.

Pada Awang, kita patut berterima kasih kepada pihak polis menghidu terlebih awal ancaman daripada pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada perhimpunan haram Bersih.

Unsur-unsur subversif menggunakan keganasan dan menyebar propaganda komunis patut dikawal dan diperangi habis-habisan.

Jadi, janganlah kita mempersoalkan tindakan polis menggunakan Ordinan Darurat terhadap enam orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dipercayai terlibat dalam kegiatan subversif baru-baru ini.

Awang menyeru kepada rakyat Malaysia, jangan sekali-kali ambil risiko bekerjasama dengan golongan yang hipokrit kononnya mencintai tanah air ini.

Bersyukurlah kita mempunyai pihak berkuasa yang peka menjaga keselamatan kita.

*hakikatnya apa-apa kejadian yang tidak diingini boleh berlaku.. Sesiapa boleh sabotaj demonstrasi haram ni menjadi ganas. Bila perkara ni berlaku maka keadaan sukar untuk mengawal.. Jadi solution terbaik adalah hentikan sahaja demonstrasi haram!!!


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda