Ahad, Julai 24, 2011

Pendedahan Suruhanjaya : Bukti DAPigs terus perkudakan keluarga Beng Hock

Kebenaran dah terserlah.. Suruhanjaya diraja yang berlangsung lebih 50 hari dan memanggil seramai lebih 70 orang saksi termasuk pakar dari dalam dan luar negara telah memutuskan bahawa Teo Beng Hock telah mati kerana bunuh diri kerana mempunyai mentaliti yang lemah..

Ianya dibuktikan dengan kenyataan pakar dari Australia yang dipilih oleh majlis Peguam sendiri!!!

Siapa tu Majlis Peguam... Iaitu pihak yang pro kepada Pakatan... Selain itu rakyat juga jangan terlupa bahawa siapakah yang mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya diRaja.. Ianya didesak oleh pihak Pembangkang sendiri...

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ahli politik terutamanya DAP yang disifatkannya sebagai lidah bercabang di dalam dan di luar mahkamah seharusnya berhenti memperkudakan keluarga Beng Hock demi kelangsungan politik mereka.

"Kepincangan DAP telah mengakibatkan Beng Hock membunuh diri. Kepincangan DAP mengaitkan Beng Hock dalam kes rasuah dan hal-hal bersangkut-paut dengan pemberian kontrak di Selangor. Kenapa pihak lain dipersalahkan dan bukannya DAP?" katanya.

Beliau berkata, DAP sekurang- kurangnya perlu memohon maaf kepada keluarga Beng Hock kerana secara tidak langsung telah menyebabkan kematiannya selain perlu membayar sejumlah wang sebagai pampasan kepada mereka.

Fuad Zarkasyi pula berkata "Pembangkang memang tidak mahu isu itu selesai sebab mereka hidup atas isu. Jika tidak ada isu mereka akan terus berasa bimbang kerana tidak boleh menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

"Dulu pembangkang yang menuntut suruhanjaya ditubuhkan, tetapi apabila ditubuhkan mereka tidak mahu duduk dalam suruhanjaya dan sekarang keputusan sudah ada, mereka tidak percaya pula,''

Nampaknya pembangkang kini semakin ketandusan kerana penipuan demi penipuan mereka semakin terdedah dan dihidu oleh rakyat!!!


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda