Popular Today

Khamis, November 10, 2011

Transformasi berjaya, Pakatan Rasis kecewa!!!

Ada berita tidak baik untuk Pakatan Rasis.. Sebagaimana diketahui Pakatan Rasis terlalu memerlukan isu untuk mereka hidup dan relevan.

Kalau tiada isu maka apalah makna hidup mereka.. Sebab itu banyak perkara di negara ini adalah hanya direka-reka Puak Pakatan Rasis

Kalau dahulu mereka ada point nak hentam kerajaan kerana kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan bankrap 2019..

Namun setahun kemudian keadaan ekonomi Malaysia semakin baik.. Ekonomi telah berjaya dipulihkan BN.. Maka Malaysia tidak akan terjerumus dalam kebankrapan (klik sini)

Ianya disahkan oleh Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan.

Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif.

"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

"Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur.

Semakin kecewalah .. Nampaknya puak pakatan Rasis ini.. Puak ni bising macam tin kosong.. Telur sebiji riuh sekampung.. Tapi apa pun tak dek!!!!

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda