Sabtu, Februari 18, 2012

Panas : Nik Aziz sahkan Anwar sokong Israel

Itu dia punya pasal – Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Sumber : Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda