Ahad, Februari 12, 2012

Terkini : Laporan polis dibuat kerana ancaman Penyokong Bersih ganggu pesta Chingay Johor

Sebagaimana maklum, bahawa YAB Dato' Seri Najib akan menghadiri pesta Chingay di Johor sempena pengishtiharan Chingay Johor sebagai warisan negara.

Namun malang ada ura-ura pihak tertentu untuk mencemar malam kebudayaan kaum Cina terbesar di Johor dan Malaysia. Ini menunjukkan tindakan biaDAP dan tidak hormat dan tidak sensitif kepada sesuatu kaum.

Satu laporan polis telah dibuat oleh en lim Ik Kim, Pengerusi Persatuan Tiong Hua Daerah Johor Bahru mengenai ancaman penyokong Bersih untuk
Mengganggu pesta Chingay pada malam ini.

Inilah sikap penyokong pakatan pembangkang dan proksinya termasuklah Bersih, Majlis Peguam, suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan yang sewaktu dengannya yang mahu mencemar dan tidak menghormati perayaan sesuatu kaum.

Kalau dahulu, rakyat ingat bagaimana tindakan biadap Hindraf yang menggangu sambutan rumah terbuka Aidilfitri UMNO yang dihadiri perdana Menteri..

Polis diminta tegas dalam isu ini.. Perkara yang boleh mencemar keharmonian negara mesti dikenakan tindakan undang-undang.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

DIORANG NI PARTY CRASHER!. FUCKATAN NI XDE KEJE LAIN SELAIN SUKE BUAT HURU HARA BROO >:D

Aspirasi berkata...

Memang dasar pakatan and kroninya yang sentiasa mahu menyusahkan rakyat....

Kongsi Link Anda