Popular Today

Rabu, Julai 17, 2013

Kenapa salahkan Vatican sahaja tidak salahkan PAS dan DAP


Hari ini rata-rata menyalahkan duta vatican kerana menyentuh sensetiviti umat Islam berkaitan isu kalimah Allah..

Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino semalam meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah ALLAH.

Duta itu dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'ALLAH' sebagai rujukan kepada 'God' dalam kalangan penganut Kristian.

Persoalannya kenapa salahkan Biskop ni sahaja tak salahkan pihak PAS.. PAS mengaku Parti Islam tp PAS sendiri gagal pertahankan kalimah Allah.. Bahkan terikut2 dengan Lee Guan Eng yang mahukan guna kalimah Allah untuk bible. 

Keadaan ini terjadi apabila ada masyarakat Islam sendiri iaitu PAS yang sokong tindakan terbabit. PAS patut bertanggungjawab atas penghinaan terhadap Islam ini. Sikap PAS yang terus menjadi boneka DAP dan sanggup jual prinsip perjuangan Islam perlu dikecam oleh rakyat.

Kalau dah ada umat Islam sendiri yang benarkan.. apatah lagi orang bukan Islam.. inilah yang berlaku di negara kita.. 

Namun penghinaan demi penghinaan terhadap Islam  perlu dibendung..  kita telah melihat beberapa episod penghinaan terhadap Islam seperti yang terbari kes alvin dan vivian dan sebelum tu lagi.. penghinaan yg banyak tersebarnya melalui media sosial ini.

Kepada pemimpin kita, mereka harus bertegas dalam isu seperti ini, menteri-menteri perlu bangun untuk bangun tanpa rasa prejudis untuk pertahankan Islam.


Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda