Popular Today

Khamis, Januari 21, 2010

Melayu semakin menolak Pakatan Rakyat Perak

Berdasarkan bancian Sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat Perak semakin merosot. Ini bermkna sokongan khasnya kaum Melayu semakin berkurang kepada PR penderhaka.

Nizar yang dianggap lembu DAP mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman berpunca daripada isu seperti beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu. Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Sepatutnya semua Orang menolak pengkhianat dan penderhaka ini, Perbuatan biaDAP nya terhadap Sultan serta tindakan memberontak dan mengingkarai perintah Sultan amat dikesali. Perbuatannya yang pro DAP dengan membelakangkan kepentingan Melayu secara melampau dengan memberi tanah selama 999 tahun adalah contoh terbaik. Dan ini semua semata-mata tindakan populis untuk mendapatkan undi bukan Melayu dengan menjual kepentingan bangsa Melayu secara melampau.

Inilah perbuatan PAS dan Pakatan Rakyat yang melukakan hati bangsa Melayu yang sepetutnya di pertahankan oleh semua parti Melayu. Tetapi PAS menjadi boneka dan lembu DAP sehingga sanggup menjual prinsip perjuangan mereka.. perjuangan Islam PAS telah dilacurkan oleh mereka sendiri.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LAST2 DIA JUGAK YG "JATUH SAKIT"!..MEROYAN SORANG2..NGEH, NGAA, NGOK LAK TEKEBIL2..TP HATI BROO..NI MUNGKIN 1 TAKTIK NAK 'BELI JIWA' HUHUHU

Jeffry berkata...

KALAU RASA UMNO TU DAH GAGAH DI PERAK, KENAPA MASIH TAKUT NAK BUBAR DUN?. TOBAT UMNO TAK BERANI KERANA MERASA WAS2 SOKONGAN TERHADAP UMNO SEBAGAI PERANGKAP DIBUAT OLEH PR. KAH!...3X

Kongsi Link Anda