Popular Today

Khamis, Julai 18, 2013

PRK Kuala Besut : calon PAS memang tidak layak untuk jd YB

Pas kali ini tersalah pilih calon. Calon PRK Kuala Besut ini ialah calon bermasalah.

1). Rata-rata sekarang pengundi Kuala Besut bercakap mengenai calon PAS Che Long sebagai kroni Husam.(klik sini)


Kilang dan stor kayu Azlan@Che Long untuk balak-balak Husam di:

Che Long Store, Lot. 1874, Batu 5 1/2, Kg Tunjung, 
Jln Kuala Krai, Kota Baru Tel: 097128914
&
J&Y Trading. Bt 6, Kg Tunjung, 
Jln Kuala Krai, Kota Baru


 2) Calon PAS ini pernah dikaitkan dengan dadah (klik sini)


3) Calon juga tidak disukai oleh Jentera PAS khasnya diboikot muslimah


4) Calon juga mahu swastakan jawatan ADUN..


Pengundi Kuala Besut pasti menyesal jika mereka memilih calon PAS.. yang jelas beliau bukanlah sebenarnya calon yang sesuai yang boleh berkhidmat kepada rakyat kerana calon ini hanya berkhidmat kepada Husam sahaja.

Lihat sahajalah di atas.. bukan sahaja rakyat tidak terima bahkan jentera PAS pun menolak calon PAS ini. Ini menunjukkan beliau memang tidak layak menjadi calon dan seterusnya menjadi YB..

Dan pertama dalam sejarah negara Malaysia juga jawatan YB ini hendak diswastakan.. jadi apa perlunya beliau menjadi calon jika orang lain yang buat kerja untuk dia.. sedangkan dia hanya goyang kaki dan makan gaji buta. Yang merana adalah pengundi Kuala Besaut kerana ada ADUN PAS yang tidak prihatin kepada mereka.. tidakkah ini sangat merugikan.

Rakyat perlu menilai dengan jujur dan jangan lupakan apa yang PAS telah lakukan semasa mereka menang pada 1999. Bagaimana kezaliman mereka terhadap kanak2 dengan menghalau mereka dari tadika Kemas..

Ini adalah tragedi yang tidak boleh dilupakan rakyat terengganu sebab itu setelah dua penggal PAS masih tidak berjaya menawan kembali Terengganu.


Credit to : The Unspinner 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Che Long = Husam Musa = Nik Aziz = kegondolan kawasan balak dan tanah orang asli di seluruh kelantan!

Kongsi Link Anda