Isnin, Disember 02, 2013

Mmg kuat lobi betul la mamat ni!!

Seronok mahfuz bean.. mmg kuat lobi betul mamat ni..

Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sesi 2013-2015.

Tujuh AJK yang dilantik terdiri daripada Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam.

Pelantikan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS, semalam.
Berikut kenyataan penuh beliau.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut:

1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Datuk Ahmad Yakob
3. Ketua Penerangan - YB Datuk Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:

1. Kelantan - YAB Datuk Ahmad Yakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Razman Zakaria
9. Kedah - YB Datuk Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri Ramli
11. W Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Adam Ahid

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri daripada:

1. YB Datuk Mohd Amar Abdullah
2. Datuk Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Mohd Hussin
5. Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS NegeriPulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.

Apa yg boleh diharap lg dlm PAS..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda