Popular Today

Khamis, Mac 20, 2014

Edisi malam Jumaat : Pengundi hantu dikesan di PRK Kajang!!

PKR sedang mengenal pasti pengundi hantu yang dikatakan akan mengundi paa PRK Kajang pada 23 Mac nanti.

Memang kemahiran PKR untuk mencari pengundi hantu ini.. dakwaan bas akan membawa pengundi-pengundi hantu pasti akan menjadi tajuk utama pada malam pengundian.

Drama dan skrip lama ini pastinya sekali lagi akan digunakan oleh PR!!

Tapi adakah makcik ini akan menjadi sasaran PR juga yang akan menuduh beliau sebagai pengundi hantu!!.

"Saya undi Datin" demikian luahan kata-kata optimis seorang nenek yang berjanji untuk memberi undinya kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun menjelang hari pengundian PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Suminah Saidi yang kini berusia 110 tahun, membuat 'ikrar' tersebut tatkala menerima kehadiran Mei Fun dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke kediamannya, di Kampung  Sungai Kantan Kajang, hari ini.

Dia yang tidak lagi boleh bercakap memberitahu melalui anaknya Alias Othman, 60, bahawa Mei Fun paling layak untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

"Ini adalah kerana BN, terbukti membawa pembangunan sejak dari zaman dahulu lagi.

"Saya hanya yakin kepada kemampuan BN, prestasi mereka tidak dapat disangkal.


Sumber : Sinar 

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda