Khamis, Mac 27, 2014

PKR kata Adenan pengecut!!

Mungkin beliau celum cukup sebulan lagi menjadi ketua Menteri, namun beliau telah membuktikan bahawa beliau layak dipanggil ketua Menteri Sarawak. 

Tindakan beliau yang tidak teragak-agak menghalang pengacau dari semenanjung sewajarnya dipuji. Inilah keunikan yang diperolehi oelh Sarawak apabila mereka menandatangani memasuki Malaysia.. Mereka boleh menghalang mana-mana individu yang boleh mengganggu ketenteraman Sarawak.

Susulan kejadian beberapa pemimpin PKR dihalang dari memasuki Sarawak, PKR semalam telah membuat satu sidang media khas untuk mengutuk tindakan tersebut.




Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam kenyataannya membidas tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak itu dan turut menyifatkan Ketua Menteri yang baru ini memang seorang yang sombong dan angkuh. 
Beliau turut menyalahkan pihak Barisan Nasional di atas insiden ini sambil menuduh bahawa pihak kerajaan negeri Sarawak telah mengikut telunjuk BN untuk menghalang pemimpin Pakatan Rakyat dari membantu calonnya dalam kempen sempena PRK Dun Balingian.
“BN jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” ujar Surendran kepada media.

PKR menuduh Sarawak tidak menghormati proses pilihanraya.. tetapi apabila difikir balik.. adakah PKR sendiri menghormati proses pilihanraya atau bukankah PKR yang sebenarnya mempermainkan demokrasi.

Sebenarnya PKR cakap tidak serupa bikin.. 

Tahniah Adenan Satim!!

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda