Popular Today

Rabu, Mac 12, 2014

#PRKkajang : PR sudah mula tunjuk samseng



Sebagaimana diketahui rakyat Malaysia, PR ini memang tidak boleh dipisahkan dengan keganasan, memaki dan mengeji, fitnah serta kata-kata kotor dan lucah.

Ini dibuktikan dengan tindakan samseng PR ini.. walaupun kempen secara rasmi baru dua hari bermula. PRK kajang kini telah dicemari dengan kegiatan samseng PR. Inilah adalah tindakan tidak bertamadun PR yang sengaja cuba menakut-nakutkan  rakyat untuk laksanakan demokrasi secara adil.

Kehadiran Chew Mei Fun sebagai calon BN tidak menyenangkan pihak lawan apabila kain rentang calon BN, Chew Mei Fun telah disembur dengan cat merah pada bahagian muka.

Kain rentang yang diletakkan di Taman Mesra, Kajang itu disedari oleh beberapa penduduk tempatan yang melalui kawasan itu. Kain rentang yang digantung di jalan besar iaitu laluan utama penduduk untuk keluar masuk ke kawasan perumahan mereka merasakan sedikit kecewa dengan sikap pihak lawan yang terlalu agresif untuk menjatuhkan calon BN.(klik sini)

Amalan samseng PKR dalam PRK Kajang ini hanya menunjuk ketidakmatangan PKR dalam menjalankan proses demokrasi.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda