Popular Today

Selasa, Mac 25, 2014

YAB PM membawa usul takziah #MH370 di Parlimen



YAB PERDANA MENTERI telah membentangkan Usul di Parlimen pada waktu ini :

"BAHAWA Dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang, yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal Pesawat MH370, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS.

BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, merakamkan ucapan takziah yang amat sangat, kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan anak-anak kapal Pesawat MH370 tersebut.

BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat atau SAR, khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

DAN BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini "




Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda