Popular Today

Ahad, April 06, 2014

ANWAR PATUT BANTAH CUKAI BARU JEPUN




Sudah lebih seminggu cukai baru Jepun telah dilaksanakan daripada 5% kepada 8% kenaikan sejak 1hb April 2014.



Saya juga masih tertunggu-tunggu jika ada rakyat Jepun membuat bantahan demonstrasi jalanan di atas sebab kenaikan cukai tersebut. Tetapi jangkaan saya meleset kerana tahap mentaliti dan budaya rakyat Jepun yang tinggi serta berdisiplin.


Sekiranya, ianya berlaku di negara Malaysia sudah pasti akan ada demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini termasuklah mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi terikut-ikut dengan budaya "samseng jalanan".



Kita mampu untuk membeli pelbagai teknologi tinggi semasa tetapi kita tak mampu untuk membeli mentaliti serta budaya yang tinggi sebagai manusia bertamadun.


Itulah perbezaan mentaliti rakyat Jepun dengan rakyat Malaysia.

Sumber: Syarikat perkhidmatan Jepun.



SUMBER : fb Omar Abdul Hamid

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda