Sabtu, April 26, 2014

Apa punca sebenar Fiza Elita dan Adam AF bercerai??

Belum pun setahun mendirikan rumahtangga, hubungan suami isteri pasangan selebriti, Fiza Elita dan Adam AF sudah porak peranda. Ini berikutan tindakan Fiza hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam beberapa minggu lalu untuk menfailkan penceraian.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan mengesahkan permohonan cerai Fiza dan bakal didengar pada 28 April ini. Meskipun begitu, ada desas-desus mengatakan Fiza Elita dan Adam AF sudah berbaik semula beberapa hari lepas sekaligus membuatkan ramai peminat keliru dan bingung tanpa jawapan.

Hari ini pula, Utusan Malaysia telah berkongsi satu artikel yang mengatakan kewangan sebagai punca sebenar penceraian mereka berdua. Mengikut artikel tersebut, Adam didakwa sibuk berdakwah dan tidak begitu berminat untuk mencari nafkah dalam bidang nyanyian.

Susulan itu, Fiza dikatakan tertekan dan kemudian menfailkan penceraian. Betulkah dakwaan ini? Penulis harap ada penjelasan sebenar dari kedua-dua pihak agar peminat tidak terus keliru. Maklumlah, kisah peribadi selebriti itukan sering menjadi perhatian umum. Jadi, tak salah buat pengakuan yang jujur.


Sumber ; Blog  cerita kosong ku

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda