Isnin, April 28, 2014

Gambar-gambar ini menyebabkan DAP makin tidak keruan!!

MUHYIDDIN Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mengunjungi Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
















KOTA BHARU 27 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkejut menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira dengan kunjungan itu yang dilihat mampu memberi nafas baharu terhadap kerjasama di antara Kerajaan Pas Kelantan dan Pusat selepas ini.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri tidak memaklumkan terlebih dahulu bahawa beliau akan datang berkunjung ke rumahnya.

"Kedatangan beliau tidak diberitahu secara rasmi. Saya macam tidak percaya dia datang ke rumah saya.

"Kunjungan mengejut ini bagi saya seperti tuah datang bergolek," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri di kediamannya di sini.

Muhyiddin yang menghadiri lawatan kerja sehari di Kelantan hari ini sempat meluangkan masa menziarahi Nik Abdul Aziz di kediamannya.

Ketibaan Muhyiddin pada pukul 4.45 petang itu disambut baik oleh bekas Menteri Besar itu dan anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Muhyiddin kemudian meluangkan masa hampir 45 minit di kediaman Nik Abdul Aziz dan kedua-dua pemimpin itu juga dilihat amat mesra.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz dan Muhyiddin tidak menjelaskan kepada media kandungan perbualan mereka.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140428/dn_16/Nik-Aziz-terkejut-terima-kunjungan-Muhyiddin#ixzz30BOViVw5
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda