Rabu, April 16, 2014

Hudud Kelantan : Anwar Bidas PAS!!


Saya percaya hukum Allah, tapi hanya pemerintah adil boleh laksanakannya - Anwar

Apa maksud Anwar Hudud hanya boleh dilaksanakan jika pemerintah adil dan mengikut prinsip Islam..


Jadi apa yang PAS buat sebenarnya??

Anwar sendiri tidak percaya kepada PAS!! sebab yang nak buat Hudud adalah rakan sekutu PKR iaitu PAS Kelantan!!

Hari ini Anwar berkata Undang-undang syariah Islam yang terkandung hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika negara diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam.

Justeru beliau kekal dengan pendiriannya yang mahu isu tatakelola diselesaikan terlebih dahulu sebelum undang-undang syariah Islam dilaksanakan.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Anwar berkata Pakatan Rakyat perlu bersama membuat kembali deklarasi berkenaan isu hudud di negara ini.

"Apa keutamaannya, keamanan, keadilan dan kebajikan rakyat harus diberikan keutamaan.

"Saya menjemput PAS datang membincangkan secara penuh isu ini. Seluruh pemimpin Pakatan perlu membahaskan perkara ini," Anwar dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parti Angguk Saja dah masuk dalam jerat buatan sendiri, natijahnya umar islam yang menjadi mangsa, perlaksanaannya hanya retorik sahaja

Kongsi Link Anda