Sabtu, April 05, 2014

Lim Kit Siang dicabar tunjukkan pendirian terhadap Hudud Kelantan

SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan supaya bertegas dan menunjukkan pendirian tetap mengenai pandangannya tentang pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.

Setiausaha Pemuda MCA, Leong Kim Soon berkata, pelaksanaan undang-undang Hukum Jenayah Syariah (2) Enakmen 1993 mungkin akan menjejaskan norma masyarakat bukan Islam di negeri tersebut.

Sehubungan itu katanya, langkah berdiam diri yang diambil oleh Kit Siang dan Guang Eng dilihat sebagai ahli politik yang tidak tetap pendirian.

Menurutnya, kebisuan yang berlaku adalah disebabkan ingin menjaga hubungan baik kedua parti Pas dan DAP.

“Jika DAP sebuah parti politik yang bertanggungjawab, pemimpinnya akan bersuara demi rakyat dan membela kehidupan bangsa yang bukan beragama Islam di negeri Kelantan.

“Pelaksanaan hukum undang-undang ini akan memberi kesan yang mendalam kepada penduduk bukan Islam di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya lagi, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh turut menyifatkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan adalah tidak relevan.

“Itu adalah kenyataan peribadi dari Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng harus bersuara demi rakyat dan teguhkan prinsip dalam menolak perlaksanaan hukum hudud ini,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda