Popular Today

Jumaat, April 25, 2014

MH370: Keluarga penumpang China adakan protes di kedutaan Malaysia


email
comments
MH370: Keluarga penumpang China adakan protes di kedutaan Malaysia
Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 mengadakan protes di luar Kedutaan Malaysia di Beijing. -Foto AFP
BEIJING: Ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas mengadakan protes di luar Kedutaan Malaysia di Beijing mendesak maklumat terkini daripada pihak berkuasa, menurut dua peserta pada Jumaat.

Protes tersebut diikuti dengan satu mesyuarat pada Khamis diantara pekerja MAS dan ahli keluarga mangsa yang telah menunggu lebih 50 hari tanpa menemui sebarang petunjuk mengenai pesawat tersebut dimana keadaan huru hara ini telah menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.

Kira-kira dua pertiga daripada 239 penumpang MH370 merupakan rakyat China dan ahli keluarga mereka terus menunggu dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan perkembangan terkini.

“Saya menghabiskan masa semalaman berada di luar kedutaan, masih ramai berada di luar,” kata Wen Wancheng, bapa kepada salah seorang penumpang. Beliau menjangka puluhan ahli keluarga mengambil bahagian dalam protes itu.

Ahli keluarga yang menginap di hotel yang dibayar sepenuhnya oleh MAS sebelum ini menghalang pegawai MAS daripada menghadiri taklimat harian yang diadakan di hotel tersebut dan kini mereka menggesa pihak kedutaan untuk menghantar pengganti baru, kata Wen.

Seorang lagi ahli keluarga mangsa, Steven Wang berkata, kira-kira 100 orang menunggu di luar kedutaan untuk semalaman. “Kami mahu seseorang daripada pihak kedutaan keluar dan beritahu kami mengapa mereka tidak hadir,” tambahnya.

Pihak polis telah mengadakan sekatan di sekitar kedutaan tersebut pada pagi Jumaat bagi menghalang pemberita menghampiri bangunan berkenaan. Walau bagaimanapun, pegawai kedutaan tidak memberi sebarang komen.

Ahli keluarga penumpang China terus merungut dan mengatakan kerajaan Malaysia tidak cekap dalam mengendalikan isu ini serta berahsia.

Ketegangan tercetus semasa sesi taklimat pada Khamis dimana beberapa ahli keluarga mednakwa mereka mengadakan ‘mogok lapar’ selepas wakil MAS memberitahu pegawai dari kedutaan Malaysia tidak dapat hadir untuk member jawapan kepada persoalan mereka.

Setakat ini tiada apa-apa Berjaya ditemui yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu ataupun 239 penumpang dan anak kapal yang hilang ketika dalam perjalanan menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Operasi mencari antarabangsa diteruskan di kawasan Lautan Hindi yang terletak di barat Australia dimana pesawat itu diepercayai terhempas.

Berita mula diterbitkan pada: April 25, 2014 17:00 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda