Jumaat, Jun 06, 2014

MB Johor jawab fitnah Malaysiakini

Johor Bahru: Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau akan memegang ' kuasa eksekutif' dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah yang akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

  Beliau juga menolak dakwaan laporan Malaysiakini yang mengatakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mempunyai kuasa mutlak dalam perlantikan lembaga pengarah dan pentabiran dalam lembaga berkenaan.

"Laporan itu sama sekali tidak benar kerana saya yang akan menjadi pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan 'kuasa eksekutif' yang diperuntukkan kepada saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelan Induk Industri Pelancongan Negeri Johor dan Explore Johor Fest 2014 di Senai, semalam.

  Beliau menegaskan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh Menteri Besar.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda