Popular Today

Ahad, September 21, 2014

Hadi tuduh PKR beli 2 ADUN Pas #MuktamarPas2014

Amanah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Sempena Muktamar Tahunan PAS ke 60

1. Kita diajar untuk mati bersama Islam. Bukan mati bersama Mursyid Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dato Dr Harun Din , Hj Abdul Hadi. Bukan mati bersama PAS dan bukan mati bersama Pakatan Rakyat, tetapi mati bersama Islam.

2. Kita menyertai PAS kerana Islam. Perjuangan kita mencari keredhaan Allah swt bukan mencari keredhaan manusia. Inilah yang membezakan kita dengan parti - parti lain termasuk parti dalam Pakatan Rakyat.

3. Perjuangan PAS meletakkan hukum - hukum Islam ditempat yang sangat tinggi. Maka rujuklah kepada Islam jangan menyeleweng daripadanya.

4. PAS dipandu oleh Majlis Syura Ulamak yang telah dipilih dari kalangan mereka yang mendalam ilmunya untuk mengambil hukum dari kitabullah dan as Sunnah. Pula dipilih secara demokrasi melalui pilihan AJK PAS Pusat, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dari kalangan ulamak yang amanah dengan ilmunya.

5. Berhukum dengan berdasarkan wahyu jangan hanya menggunakan aqal dalam memandu perjuangan ini .

6. Majlis Syura Ulamak berijtihad secara kolektif menyelesaikan masaalah semasa.

7. Pemimpin perlu bermesyuarat dalam membuat keputusan terhadap perkara yang tiada nas.

8. PAS memilih Muwajahah Silmiyyah (pendekatan damai) dalam pendekatan politik. Kita perlu meluaskan ruang muamalah dengan pihak - pihak lain.

9. Jangan jadi PAS sebagai hotel tempat persinggahan. Jangan jadikan PAS sebagai jambatan untuk menyeberang. Masuk PAS maka duduk bersama dengan PAS dan Istiqamah dengan dasar dan manhaj  PAS.

10. Kita bertahaaluf dengan parti - parti dalam Pakatan Rakyat bukan sebagai sebuah parti. Kita parti - parti yang berbeza ideologi. Kita tidak boleh menjadi satu. Kita hanya bersama dalam perkara - perkara yang kita ada titik persamaan.

11. PAS tidak merebut jawatan MB . PAS tidak pelahap jadi MB. Tapi ingat di sana ada hukum syara' . Tidak boleh pilih pemimpin berdasarkan kecenderungan
tetapi mesti kepada kelayakkannya kerana bimbang laknat Allah swt. Saya tidak bersedia membawa Ahli PAS  ke neraka Allah swt.

12. PAS kesal dengan tindakan semata mata mahu kuasa lalu membeli dan mencuri 2 orang ADUN PAS sehingga mencetus masaalah besar kepada PAS. Sedang ini bertentangan dengan semangat baiah. Mana lebih besar Wallahi , Wabillahi , Watallahi dengan Aku Janji ?

13. Hubungan wala' dengan pihak lain adalah haram. Membocorkan rahsia kepada pihak lain tidak boleh. Menghilangkan jati diri pejuang Islam tidak boleh. Apatah lagi membantu musuh, ini TIDAK BOLEH !

14. Jangan tubuh jamaah dalam jamaah. Jangan tubuh parti dalam parti. Dalam satu jamaah hanya satu imam. Kalau nak jadi imam juga , cari tanah lain dan buat masjid lain.

15. Terima kasih kepada semua pihak seperti Jabatan AMAL dan lain - lain yang menjayakan Muktamar Tahunan PAS ke 60 khasnya Badan Perhubungan PAS Johor Darul Takzim.

# Catatan ini hanya sebahagian dari keseluruhan ucapan Tuan Guru Presiden PAS sewaktu menangguh Muktamar Tahunan PAS ke 60 . Ucapan penuh boleh ikuti rakamannya kelak.

oleh :
Nasrudin Hassan at Tantawi
Timbalan Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Pusat

2 ulasan:

Strategi Perang:Pengenalan berkata...

Apa komen Anwar?

Tanpa Nama berkata...

komen anwar tetap sama,nak pusing ikut jam ke lawan jam ke jijah calun tunggal MB selangor.

Kongsi Link Anda