Sabtu, September 13, 2014

Jadi calon boleh takkan bayar sama tak boleh!!


Sebelum ini, bekas calon PAS di PRK Kuala Besut, Che Long yang merupakan seorang kontraktor kelas A telah didedahkan dengan  11 saman polis yang tidak berbayar yang berjumlah hampir RM4000.

Kini, calon PAS di PRK Pengkalan Kubor pula yang juga merupakan seorang kontraktor binaan lepasan Institut Kemahiran MARA telah didapati mempunyai saman polis yang tidak berbayar


Apabila KLXpress meminta pendapat penduduk kawasan setempat mengenai isu ini, rata-rata menyatakan bahawa Wan Rosdi seharusnya menjelaskan saman sebelum berniat untuk bertanding. Pihak kepimpinan PAS pula perlulah peka terhadap calon mereka supaya tidak mempunyai sebarang kesalahan yang boleh menjejaskan kredibiliti calon apabila bertanding kelak.

“Selesaikan saman dahulu sebelum bertanding!” ujar seorang pengundi di DUN tersebut.

Kecenderungan PAS memilih calon yang merupakan latar belakang kontraktor juga menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengundi.

Seorang penyokong PAS berasa kecewa apabila golongan bukan Ulama dipilih sebagai calon PAS.

“Tak serik lagi ke kalah di Kuala Besut dulu? Masalah di Selangor pun sudah jelas menunjukkan kita kena ada ramai golongan ulama sebagai wakil rakyat. Kalau tidak, kena pijak saja lah!” ujar beliau yang namanya tidak mahu dikenali.

sumber : klxpress

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda