Sabtu, September 13, 2014

Selepas naikkan VEP, Singapura naikkan kadar tol pada 1 Oktober


Kadar VEP Singapura..


Sebelum
Selepas 1 Ogos
Tempoh
VEP/ HARI
KERETA
S$20
(RM 51.40)
S$35
(RM 90.00)
Isnin-Jumaat
(2.00 pg - 5.00 ptg)
MOTORSIKAL
S$4
(RM 10.30)
S$4
(RM 10.30)
GVP/ BULAN

S$10
(RM 25.72)
S$40
RM 102.88)
Tempoh tiada VEP :
Isnin - Jumaat (5.00 ptg - 2.00 pg)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Singapura
Kenaikan Kadar VEP Songapura pada 1 Ogos 2014


Tol Malaysia
Tol Singapura
Sebelum
selepas 1 Ogos
Sekarang
selepas 1 Oktober
Kereta
RM 2.83
RM 16.50
RM 3.10
RM 16.50
Bas
RM 2.30
RM 13.40
RM 2.60
RM 13.50
Van/ Kenderaan Muatan Ringan
RM 4.63
RM 25.00
RM 4.90
RM 25.00
Kenderaan Muatan Berat
RM 6.18
RM 33.50
RM 6.70
RM 33.00
Teksi
RM 1.30
RM 8.20
RM 8.20
RM 8.40
*Angka diatas dalam ringgit berdasarkan kadar pertukaran 12 Sep 2014
* Motosikal dikecualikan daripada tol

Mulai 1 Oktober ini, kadar tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) yang meninggalkan Singapura melalui Tambak Johor akan dinaikkan.
Kenyataan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) menyebut ini kerana menjadi amalan Singapura untuk memadankan kadar tol di Tambak Johor dan Link Kedua dengan apa yang ditetapkan oleh Malaysia.
Menurut kenyataan itu, kadar baharu tol akan turut dikenakan ke atas semua kenderaan (kecuali motosikal) yang memasuki Singapura menerusi Tambak Johor.
Bagaimanapun, LTA menyebut tiada perubahan dalam kadar yang dikenakan di tol Link Kedua.
Kadar tol sedia ada bagi kereta yang meninggalkan Singapura akan meningkat kepada S$3.80 (dari S$1.20) manakala van dan lori serta bas kecil S$5.80 (dari S$1.90), Kenderaan berat pula S$7.70.
Kadar tol bagi teksi serta bas pula akan meningkat kepada S$1.90 dan S$3.10 berbanding S$0.60 dan S$1 sebelum ini.
LTA akan mengenakan bayaran sebanyak $2.70 untuk kereta, $4 (van/lori serta bas kecil), $5.30 (kenderaan berat), $1.40 (teksi) dan $2.20 (bas) yang memasuki Singapura.
Bagi kereta dengan nombor pendaftaran asing, LTA berkata kadar bayaran akan direkod dalam sistem tol dan dipamer kepada pemandu ketika memasuki Singapura.
Pembayaran akan ditolak hanya selepas meninggalkan Singapura (sama ada melalui Tambak Johor atau Link Kedua) bersama-sama kadar tol keluar, bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) dan caj Jalan Berbayar Elektronik (ERP) (jika ada).
Perkara sama juga akan dilakukan di tol Link Kedua.
– Bernama, 12 September, 2014.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila geng PR nak pi buat Demo?

Kongsi Link Anda