Selasa, September 16, 2014

#MuktamarPAS2014: taraf Ulama hanya di tapak kaki??



Sebagaimana yang diketahui ramai perpecahan dalam PAS semakin ketara. 

Kumpulan antara Anwarinas dan kumpulan semakin jelas semenjak ini. Semakin jelas apabila timbul isu mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. 

Walaupun dewan Ulama PAS telah memutuskan untuk mengekalkan TSKI sebagai MB namun pada mesyuarat ahli jawatankuasa Pas Pusat keputusan jadi sebaliknya.. Apabila golongan Anwarinas mengambil alih sidang media dan menyatakan mereka setuju untuk memilih Azizah atau Azmin sebagai MB Selangor.

Sejak itu banyak kenyataan bercanggah antara dua kumpulan dalam PAS ini.. 

Dan pada pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor menyaksikan calon dari kumpulan bukan ulama dipilih sebagai calon. Ini juga tamparan kepada ulama sehingga ada slogan ABU iaitu Asal Bukan Ulama.. 

Semalam Mat sabu sekali lagi menyerang ulama.. Mat Sabu gesa ulama keluar dari 'retorik bosan'.. Jika Timbalan Presiden PAS sendiri memperkecilkan ulama.. apatah lagi orang yang bukan Timbalan Presiden. 


Pada muktamar kali ini.. nampaknya macam ada gerakan untuk mempertahankan kumpulan ulama.. 
sebahagian perwakilan Pemuda Pas yang menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas kali ke-55 di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi dilihat meninggalkan tempat selepas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu memulakan ucapan perasmian, di sini, hari ini.

Menurut seorang perwakilan yang enggan dikenali, tindakan tersebut ekoran rasa kurang senang dengan kenyataan-kenyataan orang nombor dua dalam Pas itu yang dilihat sering mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita datang dari kawasan presiden dan tak sukalah apabila orang buat presiden kita begitu.

"Dulu dia (Mat Sabu) bertanding kata nak bantu presiden...," katanya ketikda ditemui di luar dewan.

Jadi memang terbukti perpecahan sebenarnya memang berlaku dalam PAS.. tapi apakah kumpulan Ulam dalam PAS mampu untuk pertahankan institusi mereka dalam PAS..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda