Sabtu, September 20, 2014

Panas!! PAS kempen guna jentera Kerajaan!!





Program Penyampaian Benih dan Baja Pertanian dikesan telah diadakan pada 20 Sept 2014 jam 11.00 Pagi di Bilik Gerakan Kelab Penyokong PAS Kelantan. Ianya adalah anjuran Ecxo Pertanian Kerajaan Negeri Kelantan..

Antara tokoh yang hadir ialah YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau), YB Dato' Haji Anuar Tan bin Abdullah (Exco Kelantan), Lau Chin Chua (Pegawai Khas MB Kelantan) dan Wan Rosdi Wan Ibrahim (Calon PAS)

Antara Ucapan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dlm program kerajaan negeri ni ialah memohon kepada yang hadir supaya mengundi beliau kerana beliau merupakan orang tempatan.

Sebagaimana diketahui calon adalah dilarang berkempen di mana2 program anjuran kerajaan.. apatah lagi bercakap dan meminta undi lagi daripada hadirin.. Ianya juga boleh dilihat sebagai rasuah calon Pas kepada pengundi Pengkalan Kubor kerana memberi dengan tujuan untuk mendapatkan undi dari pengundi!!

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda