Isnin, Oktober 13, 2014

Senarai Barangan yang dikecualikan GST #InfoGst

GST- Barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan
Menteri Kewangan II berkata senarai itu perlu diwartakan supaya peniaga boleh struktur semula sistem perniagaan mereka apabila GST dilaksanakan April tahun hadapan. - Gambar fail

Pada pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu, beliau telah mengumumkan senarai barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk diwartakan.

Senarai itu turut mengandungi lebih daripada 900 barang yang berada dalam 'basket of goods' (kumpulan barang).

Ia juga telah dibahagikan kepada dua sektor pembekalan pengecualian iaitu sektor barangan dan perkhidmatan.

Berikut adalah ringkasan senarainya:

BARANGAN

Mana-mana tanah yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan  setakat ia digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan kediaman atau pertanian,atau kegunaan am.

i. Setakat bagi tujuan pertanian tidak termasuk tanah yang digunakan bagi aktiviti memburu dan memancing;atau

ii. Bagi tujuan kediaman termasuk apa-apa kemudahan tempat letak kereta yang bersampingan dengan pembekalan bangunan kediaman itu.

iii. Mana-mana bangunan atau premis setakat ia digunakan bagi tujuan kediaman, direka atau disesuaikan untuk digunakan atau diniatkan untuk digunakan sebagai kediaman tidak termasuk hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan atau establismen yang serupa bagi tempat tidur.

RUMAH
Mana-mana tanah yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan kediaman.

2. Mana-mana pembekalan logam berharga pelaburan termasuk adalah seperti:

i. Emas yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang  mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;

ii. Perak yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.9%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;

iii. Platinum yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;

GOLD
Pembekalan logam berharga pelaburan termasuk emas, perak dan platinum.

PERKHIDMATAN:

Perkhidmatan Kewangan

i. Operasi apa-apa akaun semasa, akaun deposit simpanan atau akaun pelaburan.

ii. Penyediaan pembiayaan apa-apa pinjaman, pendahuluan atau kemudahan yang serupa. Penyediaan apa-apa kemudahan ansuran kredit kewangan dalam suatu perjanjian sewa beli, jualan bersyarat, jualan kredit atau pajakan jika suatu faedah atau apa-apa caj lain yang serupa dinyatakan secara berasingan kepada penerima pembekalan barang itu.

iii. Pemindahan hak milik apa-apa nota atau arahan bagi pembayaran

iv. Pertukaran matawang atau pemindahan hak milik apa-apa derivatif yang berhubungan dengan pertukaran matawang (sama ada disebabkan oleh pertukaran mata wang, wang kertas atau syiling, dengan mengkredit atau mendebit akaun atau selainnya) selain pembekalan suatu wang kertas atau syiling sebagai suatu item yang digemari pengumpul, artikel pelaburan atau item yang bernilai numismatik.

v. Pemindahan hak milik apa-apa hak atau derivatif yang berhubungan dengan suatu obligasi bagi membayar faedah atau caj yang serupa..

DOC LOAD
Operasi apa-apa akaun semasa, akaun deposit simpanan atau akaun pelaburan.

Perkhidmatan pendidikan

Perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pendidikan:

i. Berhubung dengan pendidikan taman asuhan kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta yang disediakan kepada pelajar oleh penyedia berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1961 [Akta 43 tahun 1961],

ii. Majlis Amanah Rakyat 1966, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Enakmen yang berkaitan dengan pengawalan sekolah agama Islam bagi Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

iii. Makanan dan minuman yang dibekalkan oleh operator kantin di pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan atau bantuan kerajaan atau prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta

iv. Taman asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta”ertinya suatu sekolah atau suatu institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan yang ditakrifkan di bawah Akta Pendidikan 1996

v. “Institusi pendidikan” ertinya suatu sekolah atau mana-mana tempat lain yang, dalam menjalankan kerja suatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah suatu tadika dan suatu pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk;

vi. Mana-mana tempat yang dikategorikan sebagai suatu institusi pendidikan swasta yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 yang menyediakan kelas tuisyen, latihan bahasa, komputer, kemahiran,kerjaya,profesion atau pekerjaan atau perdagangan, pengayaan minda dan pusat bimbingan

vii. Mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tangungjawab bagi pendidikan,melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai bukan suatu institusi pendidikan bagi maksud Akta Pendidikan 1996;

SEKOLAH
Perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan dengan pendidikan seperti  taman asuhan kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta.

Perkhidmatan asuhan

I. Perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang disediakan oleh mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

tadika
Taman Asuhan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta yang didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta586] termasuk:

i. Apa-apa perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi dan ambulans yang disediakan oleh seorang profesional jagaan kesihatan;

ii. Apa-apa perkhidmatan bagi pemeriksaan, diagnosis, atau rawatan seseorang yang menghidap, atau dipercayai menghidap, apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;

iii. Apa-apa tempat tinggal bagi maksud penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan;

iv. Apa-apa perkhidmatan bagi maksudkesihatan pencegahan atau penggalakan;

v. Apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain;

vi. Apa-apa perkhidmatan makanan yang disediakan kepada pesakit oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen;

vii. Apa-apa perkhidmatan bilik mayat yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen

Bagi maksud butiran ini:

i. “Kemudahan jagaan kesihatan swasta” ertinya mana-mana premis,selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, seperti hospital swasta, hospis, pusat jagaan ambulatori, rumah jagaan kejururawatan, rumah bersalin, hospital psikiatri, rumah jagaan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat, pusat hemodialisis, klinik perubatan dan klinik pergigian dan apa-apa premis jagaan kesihatan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagikesihatan melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

ii. Untuk menduduki tanah bagi tujuan pertanian tidak termasuk pemberian apa-apa kepentingan atau hak ke atas tanah atau lesen untuk menduduki tanah setakat yang tanah itu digunakan untuk aktiviti memburu dan memancing;

HOSPITAL
Perkhidmatan berkaitan kesihatan termasuk perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi dan ambulans yang disediakan oleh seorang profesional jagaan kesihatan.
Perkhidmatan pengangkutan

Pengangkutan penumpang :

i. Mana-mana kenderaan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan termasuk bas tidak termasuk bas sewa; teksi tidak termasuk kereta sewa dan pandu; suatu syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Keretapi 1991 [Akta 463] untuk menyediakan perkhidmatan rel dan mana-mana kapal atau vesel yang dilesenkan sebagai kapal penumpang di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952

BAS
Senarai turut menyenaraikan perkhidmatan bas

Tol lebuh raya

Pemberian apa-apa hak untuk menggunakan lebuh raya bertol di jalan awam

TOL
Lebuh raya bertol

Perkhidmatan pengebumian, perkuburan dan pembakaran mayat

Apa-apa pembekalan perkhidmatan dalam suatu pakej berhubung dengan upacara dan penghormatan, pelupusan mayat atau upacara peringatan;

Program perancangan pra keperluan pengebumian iaitu penempahan kolumbarium atau plot tanah perkuburan.

casket
Upacara dan penghormatan, pelupusan mayat atau upacara peringatan juga disenaraikan

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda