Popular Today

Rabu, Disember 03, 2014

#RCIsabah - Bukti SUHAKAM menipu!!



Suruhanjaya setelah mengambil kira hasil siasatan dan keterangan daripada saksi-saksi serta bahan-bahan bukti yang dikemuka sepanjang siasatan merumuskan bahawa:

Bagi Terma Rujukan pertama iaitu untuk menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan, Suruhanjaya mendapati keterangan daripada saksi Dato’ Jariah, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara mengenai bilangan Kad Pengenalan biru yang dikeluarkan adalah 67,675 dan bilangan pendatang di Sabah yang diberi kerakyatan sejak 1963 sehingga 31 Ogos 2013 seramai 68,703 orang diterima oleh Suruhanjaya sebagai angka rasmi manakala bilangan 1 juta pendatang asing di Sabah yang diberikan oleh SUHAKAM dan saksi-saksi lain adalah tidak bersandarkan bukti-bukti kukuh.

Manakala Terma Rujukan Kedua pula iaitu untuk menyiasat sama ada pemberian kad pengenalan biru atau warganegara kepada pendatang asing adalah mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya telah mendapati tiada petunjuk yang jelas bahawa tatacara berhubung dengan pengemukaan maklumat dan dokumen yang diperlukan dalam pengeluaran Kad Pengenalan telah dilanggar oleh Jabatan Pendaftaran Negara sepertimana diperuntukkan di bawah National Registration Rules 1972 dan semua tatacara yang digunapakai oleh pihak berkuasa didapati teratur.

Bagi Terma Rujukan Ketiga pula, iaitu untuk menyiasat sama ada pendatang aing di Sabah yang memegang Kad Pengenalan biru, resit pengenalan sementara atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih, Suruhanjaya telah mendapati bahawa tiada sebarang bukti menunjukkan kerakyatan yang diberikan kepada pendatang asing yang tidak mengikut Perlembagaan. Namun Suruhanjaya telah mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan pendatang yang bukan rakyat Malaysia diberikan Kad Pengenalan biru adalah secara oleh SINDIKET/INDIVIDU tertentu untuk kepentingan kewangan peribadi.

Dengan penerangan hasil dapatan Terma Rujukan Ketiga tersebut, didapati bahawa ‘Projek IC’ yang dikatakan dijalankan oleh pihak kerajaan BN adalah satu fitnah yang jahat dan tidak mempunyai sebarang asas.

Ps: mesti ramai yang kecewa ni... namun mereka hanya mampu memfitnah semata2 dan tiada bukti di kemukakan.. dakwaan 1 juta IC juga hanyalah dakwaan palsu..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda