Popular Today

Rabu, April 09, 2014

Mesyuarat pertama jawatankuasa hudud Kelantan- Apa kata DAP!!


Tahniah kepada PAS Kelantan kerana hari ini mengadakan mesyuarat pertama Jawantakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kota Darulnaim di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Yang turut hadir, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh; Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan pengarah-pengarah jabatan negeri ini.

Mohd. Amar berkata, mesyuarat selama dua jam itu mengambil maklum balas dan beberapa cadangan dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa.

Selain itu, katanya, ia turut membincangkan mengenai beberapa halangan halangan daripada segi undang-undang, pentadbiran dan birokrasi dalam melaksanakan undang-undang Islam itu.
"Hari ini kita tidak bincang secara keseluruhan, cuma melihat beberapa halangan mengenai pelaksanaan hukum itu disamping memberi pandangan-pandangan kaedah mengatasinya.

Apa yang rakyat mahukan adalah komitmen bersungguh-sungguh PAS untuk melaksanakan Hudud. Membuang draf rang undang-undang dan mengusulkan kepada Parlimen.

Bukan sentiasa menyalahkan UMNO. Sedangkan UMNO kali ini memberi support sepenuhnya untuk Kelantan melaksanakan Hudud.

Sekarang halangan PAS sebenarnya adalah DAP.. adakah DAP boleh menerimanya.. sedangkan DAP dan PKR konsisten menolak negara Islam dan juga hukum Hudud.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap undang2 hudud YANG DIKEMUKAKAN OLEH PAS lebih ADIL kepada semua. Jangan pula hudud dikenakan SAHAJA kepada rakyat beragama ISLAM tetapi TIDAK kepada BUKAN ISLAM. Rasulullah SAW tak pernah membezakan undang2 Islam keatas yang Islam dan bukan Islam. PAS kena lebih ADIL la kepada keseluruhan rakyat... Jika nak hudud dilaksanakan biar dikenakan kepada seluruh rakyat tanpa perbezaan agama. ITU LEBIH ADIL... Kami sebagai rakyat beragama Islam tak halangan PELAKSANAAN HUKUM ALLAH.

Kongsi Link Anda