Rabu, April 09, 2014

Laporan Gerakan Rakyat Marhein (GERAM) terhadap Rafizi Ramli


Laporan polis ke atas YB Rafizi Ramli yang dibuat hari ini merupakan satu titik permulaan kebangkitan rakyat marhein yang selama ini berdiam diri melihat gelagat hipokrit beberapa ahli politik yang selama ini mempergunakan nama 'rakyat' untuk mereka melanggar undang-undang dalam negara ini. Beberapa tindakan pemimpin-pemimpin ini yang secara terbuka mempertikai sekaligus menghina beberapa keputusan mahkamah amat mengecewakan .

Ada juga di antara mereka secara terang-terangan mendakwa mahkamah negara ini dikawal oleh individu-individu tertentu yang secara langsung mencalarkan integriti sistem kehakiman negara ini. Tindakan mereka ini jelas sekali mempunyai kecenderungan menghasut rakyat untuk membenci dan memperlekehkan institusi kehakiman.

Saya selaku yang mewakili Gerakan Rakyat Marhein (GERAM) berasa sesuatu perlu dilakukan apabila melihat 'trend' sebegini makin menjadi-jadi kebelakangan ini tanpa apa-apa tindakan yang diambil . Ahli-ahli politik ini yang disokong oleh sekumpulan peguam amat licik memanipulasi undang-undang demi kepentingan dan kelangsungan karier politik mereka .

Ironinya walaupun beberapa tindakan mereka jelas menghina undang-undang dan sistem kehakiman dalam negara ini, mereka turut gunakan undang-undang yang sama untuk mengugut rakyat marhein dengan tindakan saman apabila membangkitkan beberapa persoalan dengan kredibiliti diri mereka sebagai seorang pemimpin parti politik.

Saya tak mahu namakan siapa pemimpin-pemimpin politik ini, namun saya percaya rakyat boleh tahu dengan melihat senario yang berlaku pada hari ini. Saya juga percaya dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan dengan laporan polis yang saya buat pada hari ini.

Norafiq Bin Md Noor
Pengerusi Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM)




Sumber : Azri Malay Right 
 — 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha..ha.
.GERAM... sesuai nama tu...saya sokong.

Tanpa Nama berkata...

sokong sangat2... tubuhkan disetiap negeri...buat report polis banyak2..

Kongsi Link Anda