Sabtu, Jun 28, 2008

COLA Diselaras Kepada RM500 Di Semua Negeri?

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (COLA) pekerja awam kepada RM500 sebulan di seluruh negara.

Presidennya Omar Osman berkata ini bagi mengurangkan beban pekerja dalam menghadapi kenaikan kos harga barangan dan minyak yang semakin melambung.

Pada masa ini, pekerja sektor awam di Kuala Lumpur diberikan elaun sebanyak RM300 manakala di kawasan lain diberikan antara RM100 dan RM200 sebulan.

Omar berkata apabila keadaan ekonomi semakin pulih dengan harga barangan dan minyak menjadi stabil, kerajaan boleh mengurangkan jumlah elaun itu.

Kata Rakyat: eloklah tu.. sekurang-kurangnya kenaikan kadar cola ini dapat membantu kakitangan yang berpendapatn rendah.. selain itu diharap elaun perjalan (T&T) dapat la dinaikkan..

1 ulasan:

tejapink berkata...

Assalamualaikum....baguslah cadangan ni. Saya setuju sangat, inilah salah satu cara kerajaan membantu kakitangan kerajaan tak kiralah apa gred mereka. Dalam situasi kenaikan harga minyak, barang dan pelbagai kenaikan lagi, perkara ini patut sangat dipertimbangkan.....tapi kakitangan kerajaan pun patut la buat kerja dengan lebih efisyenkan...agar Kualiti sejajar dengan setiap imbuhan yang diberi...

Kongsi Link Anda