Popular Today

Selasa, Oktober 26, 2010

Panas!!! Bagaimana seorang Settlement Officer (SO) boleh hidup begitu mewah?

0 Komen!!!




Gambar diatas ini adalah banglo mewah milik Zakaria Mustapha, bekas Settlement Officer (SO) Gua Musang yang telah ditukarkan ke Kota Bahru tidak lama dahulu. Selepas beliau bertugas di Kota Bahru beliau ditukarkan ke Kuala Krai pula.

Beliau juga memiliki beberapa buah kereta mewah, antara kereta mewah koleksi beliau adalah Mercedez Benz, Peugot Sport dan Harrier (Lihat di dalam pagar rumah gambar-gambar  di atas)

Berapa gaji seorang SO yang hanya berkelulusan SPM? Bagaimana boleh beliau memiliki rumah mewah dan kereta-kereta mewah ini?


Menurut orang-orang Gua Musang, beliau adalah seorang yang korup.

Beliau merupakan salah seorang broker perantara kepada cina-cina Cameron Highland yang kini memiliki tanah di Lojing (sila rujuk video di bawah). Ramai tauke-tauke cina yang mendapat tanah dari Zakaria semasa dia menjadi SO di Gua Musang.


Sedikit latar belakang mengenai Zakaria.

Beliau adalah ahli PAS seumur hidup tetapi pernah bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai menentang Tuan Aziz. Walaupun beliau menabur duit untuk membeli undi, beliau masih tewas di tangan penyandang jawatan tersebut sekarang iaitu Tuan Aziz.

Tujuan Zakaria bertanding jawatan Ketua Pemuda Kuala Krai hanyalah untuk menjadi 'trojan horse' sahaja. Beliau fikir dengan cara itu beliau dapat mengusai Pemuda UMNO Kuala Krai sekaligus memusnahkan seteru utama belaiu iaitu Tuan Aziz.

Minggu lepas, beberapa 'tauke cina' datang berjumpa beliau dan meminta Zakaria agar segala perjanjian mereka (yang telah dibuat sebelum ini) tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Zakaria dikatakan berulang-alik ke Cameron Highlands setiap minggu. Mengapa dia suka ke Cameron Highlands? Setiap minggu pula tu?

Zakaria memiliki banyak tanah di Gua Musang, tetapi beliau tidak letakkan atas nama beliau. Zakaria menggunakan nama saudara-maranya. Khabarnya, beliau memiliki 6 ke 7 lot tanah.

Ada banyak lagi cerita mengenai Zakaria tetapi cukup setakat ini dahulu. Terjawabkah misteri bagaimana seorang yang berekerja sebagai SO boleh memiliki harta sebegini banyak?

SPRM wajar menyiasat Zakaria.

PAS mungkiri janji - Bukti PAS pinggirkan orang asli

0 Komen!!!

Sekali lagi orang Asli Galas ditipu PAS Kelantan..
Pas janji calon anak tempatan Galas. Mana dia kredibiliti PAS dan MB Kelantan sebenarnya telah ada calonnya sendiri walaupun Dr Zul bermasalah. Dah la tak popular tambah lagi cerita khalwatnya. Kalau gitu lebih molek letak calon dr ORE ASLI spt yg Husam janjikan. Kami rasa tertipu. Fikirkan la.
Hahaha.. orang Asli hanya digula-gulakan oleh PAS kelantan.. dah lha tanah lesap dek kena balun kerajaan PAS.. lepas tu main cakap-cakap nak letak calon orang Asli.. akhirnya.. orang yang berkhalwat tetap menjadi pilihan...

Kasihan orang asli Galas hanya diperbodohkan PAS Kelantan.. mungkin dah tiba masanya orang aslinya mereka ni hanyalah alat mainan politik PAS...

Yang keduanya.. PAS janji nak letak calon tempatan... tapi akhirnya.. PAS sekali lagi pinggirkan pemimpin tempatan...

Lihat biodata ringkas Calon PAS... mana dia anak asal galas?

Dr. Zulkefli Mohamad merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978. Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Baca seterusnya di Galas untuk BN

Isnin, Oktober 25, 2010

Calon tak laku taruhan PKR

2 Komen!!!

Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat kononya untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.

Menurut Anwar Ansari dipilih kerana merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.

Ansari telah beberapa kali masuk bertanding baik DUN mahupun Parlimen sejak zaman Berjaya lagi, namun satu kalipun tidak pernah menang.

Pada PRU-12, dia mencuba nasib di Tuaran baik negeri mahupun Parlimen, namun tidak mampu bersaingpun dengan calon-calon BN.

Kini mencuba nasib di rantau orang, ini lah petanda, bahawa PKR ketandusan pemimpin yang boleh dijadikan sebagai calon.

Pemimpin PKR asal Sandakan, yang juga Pengerusi PKR Negeri Encik Thamrin Zaini diketepikan, menunjukkan walaupun Thamrin sebagai pengerusi parti peringkat negeri, namun Anwar merasakan kepimpinannya tidak dapat dihandalkan.

Pemilihan Ansari yang berasal dari luar Sandakan menunjukkan, bahawa PKR atau PR sebenarnya tidak serius bertanding di PRK kali ini. Mereka meletakkan calon hanya untuk mendapatkan undi simpatisan PKR, agar supaya memberi peluang kepada Persiden SAPP Datuk Yong Teck Lee.

Dengan pemilihan Ansari Abdullah, yang nyata kini persaingan untuk kerusi P-185 Batu Sapi hanya terletak pada calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin dan Datuk Yong Teck Lee.

Datuk Yong sudah tentu mengharapkan sokongan kaum cina, untuk bersaing dengan BN yang mendapat sokongan bumiputera dan sebahagian kecil kaum cina.

Melalui percaturan Yong, dia hanya memerlukan sejumlah 1,000 undi bumiputera untuk menang. Melalui pencalonan Ansari, sudah tentu kaum cina akan memberi undi kepada Yong Teck Lee. Sentimen kaum cina Sandakan, sangat berbeza dengan sentimen kaum cina Semenanjung; di sini lah kemungkinan kelebihan Yong Teck Lee.

Berasaskan perkembangan semasa ini, Datuk Musa Aman sebagai Pengarah Pilihan Raya PRK Batu Sapi mempunyai tugas yang sangat berat untuk mendapatkan undi kaum cina. Peranan parti LDP, MCA dan Gerakan tidak akan banyak membantu.

Namun kerana calon BN merupakan calon yang mempunyai jalinan dan net working dengan para pengundi kaum cina, serta mengenang perkhidmatan mendiang suaminya sebagai MP 2 penggal, maka keadaan inilah yang memberinya kelebihan di banding Yong Teck Lee.

BN diperkirakan akan berhadapan dengan isu-isu tanah yang akan dibangkitkan oleh pihak SAPP dan PKR.

Apapun, Datuk Musa, Tan Sri Pairin dan Datin Linda Tsen mempunyai kaedahnya tersendiri untuk memenangi PRK kali ini.

Dipetik dari blog : apa yang tersirat

Ahad, Oktober 24, 2010

Putrajaya mesti dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir!!!

0 Komen!!!
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

Bunyi umpama Jeneral Perang yang sedang melaungkan arahan!!!.. sudah tiba masanya untuk bangkit mempertahankan panji-panji BN pada pilihanraya Umum ke-13...

Apapun terjadi.. walau patah sayap bertongkat paruh... inilah survival bangsa Melayu.. tiada siapa yang boleh laksanakan agenda perkara 153 kecuali UMNO dan BN.. inilah satu-satunya parti yang boleh terjemahkan semangat perlembagaan dan sesuai serta seiring dengan semangat tersebut..

Tiada parti lain yang boleh terjemahkan.. PAS.. memang tidak boleh diharap, tiada perjuangan untuk membantu Melayu dan jauh lagi untuk menegakkan syiar Islam.. PKR... memang jauh sekali untuk membela Melayu dan Islam sebagaimana perlembagaan.. dan tentunya DAP memang bercita-cita nak hapuskan perlembagaan..

Oleh itu.. bagi mempertahankan Putrajaya, BN perlu memastikan kawasan yang diemenangi dipertahankan.. dan kawasan yang kalah perlu dirampas semula...

Kubu-kubu lawan mesti ditawan satu persatu.. serangan perlu dibuat bertubi-tubi.. demi memastikan Melayu dan Islam terus dipersada politik negara!!!

Baca seterusnya di sini

Khamis, Oktober 21, 2010

KJ kata 10 ciri negatif Pemuda

7 Komen!!!

Agaknya siapa yang dimaksudkan?

10 ciri negatif Pemuda yang perlu dikikis [klik sini]:

1. Elitis dan egois.

2. Suka melihat orang lain dihentam.

3. Syok sendiri.

4. Budaya 'check in'/'check out' dan 'punch card' - hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.

5. Suka 'enter frame'/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain.

6. Budaya 'politik sate' - cucuk dan kipas pemimpin.

7. Baling batu sembunyi tangan.

8. Budaya 'yes man' / 'yes bos'

9. Talam dua muka

10. Oportunis.


Kalau dah bos buat.. anak buah apa lagi?... lu fikirlah sendiri...

Selasa, Oktober 19, 2010

Sekali lagi rakyat Sabah diketepikan Pakatan

2 Komen!!!
PKR janji menggunung untuk memberi pelbagai kerusi dan kedudukan kepada rakyat Sabah jika mereka berkuasa..

Teringat dahulu AL Juburi juga berjanji akan memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada orang Sabah...

Tapi itu semuanya cakap-cakap politik.. melihat tindakan dan apa yang dicakap.. memang boleh diketegorikan cakap tak serupa bikin...

Cuba bayangkan di Batu Sapi, SAPP dianggap sebagai parti pembangkang di Sabah.. parti berasal dari Sabah.. orang Sabah.. tetapi dipinggirkan oleh Pakatan.. Pakatan putuskan agar PKR yang bertnding.. inilah sikap ultra semenanjung yang ditunjukkan Pakatan.. tidak menghormati langsung rakyat Sabah [klik sini]..

Canon EOS Rebel T1i 15.1 MP CMOS Digital SLR Camera with 3-Inch LCD and EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS Lens, EF-S 55-250mm f/4.0-5.6 IS Telephoto Zoom Lens, 430EX II Speedlite Flash, and 2400 SLR Gadget BagJika macam inilah tindakan PKR yang menunjukkan kuasa ultra semenanjung yang terus menafikan rakyat Sabah jadi bagaimana dengan janji Pakatan untuk kebajikan da kedudukan orang Sabah... tentunya semuanya pembohongan semata-mata.. sekdar menbur gula-gula untuk orang Sabah.. tentunyaa orang umpama ini tidak boleh diterima dan perlu ditolak..

Setelah 50 tahun merdeka.. Pakatan masih menganggap orang Sabah masih bodoh.. tiada kepimpinan, tiada parti asal sabah yang boleh menguruskan hidup mereka...

Ini tidak termasuk bagaimana PKR sabah juga dipinggirkan dari barisan kempimpinan PKR Pusat.. mana dia calon Sabah dan Sarawak untuk jawatan Timbalan Presiden PKR atau Naib Presiden PKR...

Baru-Baru ini Pairin Kitingan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR kerana kecewa dengan kepimpina PKR yang dianggap menyisih dan meminggirkan suara orang Sabah..

Hakikatnya orang Sabah hanya diguna dan dimainkan PKR... semuanya demi kepentingan politik sempit PKR semata-mata.. tak de undi... good byelah orang Sabah..

Melayu Pulau Pinang dilayan seperti ANJING menyalak bukit

1 Komen!!!
Kami mahukan penjelasan... mana dia kerajaan DAPigs, mana dia EXCO DAPigs, mana dia Ketua Menteri DAPigs.. lari ke?

Sekali lagi Melayu Pulau Pinang dilayan umpama Anjing menyalak bukit.. sia-sia sahaja.. inilah layanan bertaraf binatang yang diberikan kerajaan DAPIgs terhadap Melayu..

Ianya berkaitan cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di Kampung Genting di sini bagi pembinaan sebuah universiti... oleh itu Kerajaan Negeri diminta untuk menjelaskan perkara tersebut dalam tempoh seminggu!!!

Setakat ni tiadA seekor pun pemimpin DAPIgs Pulau Pinang yang turun beri penjelasan... tindakan kerajaan negeri yang cuba mengelak dari menjawab persoalan ini membuktikan kerajaan DAPigs ialah kerajaan yang tidak bertanggungjawab...

Sedangkan Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya akan memanggil semua penduduk kampung untuk memaklumkan tentang pengambilan tanah dan membincangkan mengenai harganya...

Kerajaan Negeri DAPigs dah mula lepas tangan... penduduk dilayan macam Anjing menyalak bukit...

Penduduk hanya mahukan penjelasan... ya atau tidaK!!!

Tetapi pastinya kerajaan negeri tidak akan menjawab YA!!!.. kerana ia membuktikan apa yang didakwa oleh penduduk..

JIka kerajaan negeri jawap TIDAK... penduduk mahukan jaminan dan janji kerajaan neGeri... adakah kerajaan Negeri berani berjanji tanah di Kg Genting tidak akan diambil untuk projek universiti... Jika kerajaan egeri tidak berani berjanji maksudnya kerajaan telah membohong rakyat dan penduduk Melayu Kg Genting!!!


Baca seterusnya di sini...

Tun M : Tindakan atas Anwar bukan konspirasi..!!!

1 Komen!!!
Ada asas.. walaupun sudah bertukar pemerintahan, namun ianya masih berlaku kes yang sama.. maksudnya tindakan menghereta Anwar ke mahkamah kerana isu liwat ialah tindakan tepat, bukan dibuat-buat dan bukannya konspirasi..

Ianya ditegaskan oleh Tun M ketika masjlis dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-64, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini..

Bukan mudah hendak membuat konspirasi kerana ianya melibatkan banyak orang.. dan bukan mudah nak bawa anwar supaya 'menyontot' orang.. tidak mungkin Anwar akan menyontot orang kecuali dia memang jenis suka menyontot!!!!

Untuk membawa seorang 'public figure' supaya didakwa atas tuduhan meliwat, ianya bukanlah mudah... usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang.

Kata Tun:
“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

“Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,’’

Baca seterusnys di sini..

Kongsi Link Anda