Popular Today

Jumaat, Januari 21, 2011

PRK Tenang : Calon PAS boleh disabitkan kesalahan pilihanraya

0 Komen!!!





Gelanggang berkempen di Pilihanraya Kecil DUN N05 Tenang masih belum bermula dan hanya akan dibuka setelah borang penamaan calon dihantar dan disahkan oleh SPR pada 22 Januari 2011 ..

Tetapi, calon yang telah diumumkan PAS pad 16 Januari 2011 yang lalu, telah awal-awal mengerakkan kempen dengan berceramah di beberapa tempat di DUN Tenang … Calon cuba memancing undi lebih awal terutamanya daripada pengundi Cina.. tak sabar sangat nak jadi calon si Normala ni...

Mungkin Cikgu Mala nih tak paham lagi undang-undang SPR kut … Mungkin sebab calon payung terjun kut … Kelam kabut cikgu nak pancing undi sebab sebelum ni tak pernah turun ke padang … disebabkan takut pengundi Cina tak kenal, jadi awal-awal lagi dah berceramah meminta pengundi Cina mengundi beliau …

Calon PAS, sebenarnya boleh disabitkan kesalahan Pilihanraya iaitu di bawah Kempen pilihan raya dan batasan mengenainya sebagaimana Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:
24B. (1) Tertaluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang calon atau ejen pilihan
rayanya boleh mengadakan kempen pilihan raya semasa tempoh berkempen.

(10) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3), (4) atau (7) boleh, apabila
disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Maknanya kempen hanya boleh dilakukan selepas tempoh kempen bermula iaitu selepas penamaan calon.. tapi lihat sahajalah gambar dan video di atas..

SPR perlu bertindak tegas... ini tidak jika BN melakukan kesalahan SPR cepat bertindak.. tapi apabila PAS berkempen terang-terangan.. tiada satu tindakan tegas yang dibuat terhadap PAS..

Sabar lah Cikgu Mala, bukan kah kesabaran itu adalah sebahagian daripada Iman .. Orang PAS mesti tau kan..

p/s: dengan semasa menjadi guru, Normala miliki 3 buah kedai di sekitar Labis... bukankah pegawai kerajaan membuat 2 kerja dalam perkhidmatan awam... ni nak kena siasat ni!!!

PRK Tenang : Rosak dah parti PAS ni!!!

3 Komen!!!

Nampaknya PAS sanggup buat apa sahaja.... rosak!!!!

Khamis, Januari 20, 2011

PRK Tenang : PAS tabur risalah Palsu BN

4 Komen!!!
PAS kini dikesan sedang membuat fitnah terhadap BN di sekitar bandar Labis. Jentera-jentera PAS diarah untuk menabur fitnah terhadap sebanyak mungkin bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada BN.

PAS kini dilihat sangat terdesak... PAS telah mengedarkan risalah BN palsu bertajuk "Kukuhkan Ketuanan Melayu".. di tengah-tengah bandar yang majoritinya kaum Cina.. tak kan bodoh tindakan ini... Kawasan Cina buat cara kawasan Cina dan bukan kawasan Cina buat cara kawasan Melayu..

Inilah bukti PAS yang kini sedang menjadi juara fitnah.. PASBerg akan membuat apa sahaja.. asalkan mereka menang.. inilah ajaran tok guru-tok guru mereka..

Tolak Juara Fitnah!!!

Undilah BN.. Tranformasi harapan rakyat!!!

Al Fatihah, ADUN Merlimau meninggal dunia

0 Komen!!!
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Panas!!! : PAS Johor larang Anwar datang ke Johor!!!

2 Komen!!!


Oleh : garamanis

Mula-mula sekali baca semula apa yang tersiar di laman rasmi untuk psywar DUN Tenang
Semasa majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin, Anwar Ibrahim tidak kelihatan di Tenang.

Pelbagai helah diberikan pihak PAS, tetapi kini jelaslah dari surat seorang penyokong PAS di Malaysia Digest sini bahawa kepimpinan PAS Johor telah membuat keputusan meminta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak menghadiri.

Keputusan ini adalah satu tamparan buat Anwar yang telah menyumbang keapda kempen PAS dengan lawatan dua kali; pertama kali dalam satu ceramah dan kali kedua secara senyap-senyap.
Sambung seterusnya disini

Rupa-rupanya, sentimen PAS Johor terhadap Anwar Ibrahim berbeza dengan apa yang ditunjukkan PAS Pusat.

PAS Johor tidak mengalu-alukan kehadiran Anwar ke Labis. Dari apa yang diketahui PAS Johor langsung tidak mahu menjahanamkan potensi undi Melayu pada PAS dengan kehadiran Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli PAS menjadikan kedai-kedai kopi di seluruh Labis untuk memberitahu bahawa, PAS sangat dominan dalam aktiviti kempen untuk memenangkan Cikgu Mala. Dijaja bagaimana agresifnya, jentera Muslimat bergerak menembusi kawasan Melayu seperti Kg Tenang, Kg Ayer Panas, Felda Tenang, Chemplak dan lain-lain kawasan Melayu.

Dalam ceritanya, PAS berjaya mempengaruhi dan menerangkan perjuangan suci untuk menubuhkan negara Islam.

Itu pak lebai serban hijau yang bercerita. Anak dara PASTI bawah umur pun depa sanggup rembat untuk sedapkan nafsu serakah.

Realitinya, tiada pergerakan jentera kempen menerjah kampung-kampung untuk meraih sokongan. Jangan salah anggap tempoh berkempen belum bermula maka PAS belum mahu buka langkah. Dalam tradisi PAS mana pernah depa ikut undang-undang. Semua nak dilanggar.

Kerana PAS tahu kekuatan BN di Labis sangat mengujakan.

PRK Tenang : Siapa dia Mohd Azahar Bin Ibrahim?

1 Komen!!!
PROFIL: Calon BN DUN Tenang

# Nama : Mohd Azahar Ibrahim
# Umur : 39 Tahun

# Tarikh Lahir : 14 Mei 1972
# Tempat Lahir : Labis Segamat

# Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31 tahun
# Anak: Nur Aina Maisara, 6, Nur Arisha Najwa, 3, Muhammad Haikal, 8 bulan

# Kelulusan :
# Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) Melaka (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1993
# Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom - 1996

# Pekerjaan:
# Penolong Pentadbir Tanah Kluang (1997-2000)
# Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006)
# Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat (2006-2011)

# Jawatan dalam parti:
# Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis (2004-2008)
# Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis

# Pembabitan dalam pertubuhan dan kebajikan:
# Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000-kini)
# Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit (2000-kini)
# Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005)
# Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Rengit (2006-kini).

Rabu, Januari 19, 2011

PRK Tenang : Sah!!! anak tempatan menjadi calon BN

4 Komen!!!
BN telah mengumumkan calon muda dan berwibawa berumur 39 tahun, seorang profesional yang sebelum ini bertugas sebagai penolong pegawai daerah  (ADO) di Rengit...

Mohd Azhar bin Ibrahim, orang muda, berpendidikan dengan lulusan luar negara dan tokoh disegani di sekitar Labis menjadi calon pilihan BN. Apatah lagi bukan mudah, walaupun sekarang selesa sebagai ADO, dengan jawatan dan gaji yang baik, namun sanggup letak jawatan demi untuk rakyat Tenang, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tetap didahulukan. Inilah semangat yang orang muda patut tunjukkan.. sirih pulang ke ganggang!!!

Mungkin inilah yang diwarisi daripada bapanya, Beliau yang merupakan anak kepada tok penghulu Ibrahim seorang tokoh politik UMNO dan Barisan Nasional yang pernah menjadi wakil rakyat lewat 80an dulu. Bapa beliau merupakan seorang yang dihormati dan disegani.

Lawan beliau ialah bukan anak tempatan, berasal dari Ledang. Seorang bekas guru yang meletak jawatan 24 jam kerana kemaruk nak menjadi calon PAS. Dahlah bekas guru, tak reti bersyukur, makan gaji, dapat elaun itu dan ini.. kalau bonus dapat sikit.. siap maki hamun lagi...memang inilah dia perangai orang PAS...

BN memilih calon yang tepat untuk berhadapan calon PAS.. orang muda lawan orang muda dan anak tempatan lawan bukan anak tempatan..

Khamis, Januari 13, 2011

Al Fatihah, Blogger YANG GAMBI telah kembali ke Rahmatullah

4 Komen!!!


AL-Fatihah kepada salah seorang pejuang blogger Yang Gambi yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.10 malam tadi, akibat jangkitan kuman dalam paru paru. Arwah telah di sahkan meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Beliau akan dikebumikan di Felda Keratong 2, Rompin, jam 10.00 pagi.



Allahyarham seorang yang sangat vokal dalam pandangannya dan seorang pejuang yang komited kepada Agama, Bangsa dan Negara. Banyak komen dan artikel yang dibangkitkan membangkitkan kerisauan beliau mengenai masa depan bangsa Melayu dan umat Islam.


Kepada keluarga beliau, diminta tabah dan redha pemergian Allahyarham ke rahmatullah.. sehubungan itu, keluarga Allahyarham minta ampun dan maaf bagi pihak Allahyarham, sekiranya dalam hidup Allahyarham adan membuat silap dan salah dan jika termakan dan terminum, samada sengaja atau tidak sengaja minta dimaafkan.


Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amin.. Alfatihah

Kongsi Link Anda