Khamis, Januari 13, 2011

Al Fatihah, Blogger YANG GAMBI telah kembali ke Rahmatullah



AL-Fatihah kepada salah seorang pejuang blogger Yang Gambi yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.10 malam tadi, akibat jangkitan kuman dalam paru paru. Arwah telah di sahkan meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Beliau akan dikebumikan di Felda Keratong 2, Rompin, jam 10.00 pagi.



Allahyarham seorang yang sangat vokal dalam pandangannya dan seorang pejuang yang komited kepada Agama, Bangsa dan Negara. Banyak komen dan artikel yang dibangkitkan membangkitkan kerisauan beliau mengenai masa depan bangsa Melayu dan umat Islam.


Kepada keluarga beliau, diminta tabah dan redha pemergian Allahyarham ke rahmatullah.. sehubungan itu, keluarga Allahyarham minta ampun dan maaf bagi pihak Allahyarham, sekiranya dalam hidup Allahyarham adan membuat silap dan salah dan jika termakan dan terminum, samada sengaja atau tidak sengaja minta dimaafkan.


Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amin.. Alfatihah

4 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Al Fatihah...

Belasungkawa utk arwah di blog Panglima dengan dimuatkan komen tuan puan para bloggers sekelian.

terasa sangat sedih walau kita tidak pernah bersua di alam nyata.

moga Allah mengampunkan dosa beliau atas jasanya mempertahankan Alif Ba Ta.

Kunakian berkata...

semoga arwah ditempatkan bersama para solihin.

Tenang Lautan Biru berkata...

Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

http://tenangprk.blogspot.com/

Terima kasih.

Aspirasi berkata...

Insya Allah tuan, selamat perkenalan..

Kongsi Link Anda