Popular Today

Sabtu, April 26, 2014

Apa punca sebenar Fiza Elita dan Adam AF bercerai??

0 Komen!!!
Belum pun setahun mendirikan rumahtangga, hubungan suami isteri pasangan selebriti, Fiza Elita dan Adam AF sudah porak peranda. Ini berikutan tindakan Fiza hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam beberapa minggu lalu untuk menfailkan penceraian.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan mengesahkan permohonan cerai Fiza dan bakal didengar pada 28 April ini. Meskipun begitu, ada desas-desus mengatakan Fiza Elita dan Adam AF sudah berbaik semula beberapa hari lepas sekaligus membuatkan ramai peminat keliru dan bingung tanpa jawapan.

Hari ini pula, Utusan Malaysia telah berkongsi satu artikel yang mengatakan kewangan sebagai punca sebenar penceraian mereka berdua. Mengikut artikel tersebut, Adam didakwa sibuk berdakwah dan tidak begitu berminat untuk mencari nafkah dalam bidang nyanyian.

Susulan itu, Fiza dikatakan tertekan dan kemudian menfailkan penceraian. Betulkah dakwaan ini? Penulis harap ada penjelasan sebenar dari kedua-dua pihak agar peminat tidak terus keliru. Maklumlah, kisah peribadi selebriti itukan sering menjadi perhatian umum. Jadi, tak salah buat pengakuan yang jujur.


Sumber ; Blog  cerita kosong ku

Jumaat, April 25, 2014

Untung rakyat Johor kalau kat Selangor kena sewa rumah ni!!

2 Komen!!!

Terima kasih kepada kerajaan Johor yang sangat perihatin kepada rakyatnya untuk menyediakan peluang untuk miliki rumah.

Jika di Selangor pastinya kebajikan anak muda muda tidak akan tercapai. Kerana fokus kerajaan Selangor hanya untuk rakyat mereka untuk sewa rumah semata-mata.

Tahniah kepada kerajaan Johor di atas keprihatinan ini.

MH370: Keluarga penumpang China adakan protes di kedutaan Malaysia

0 Komen!!!

email
comments
MH370: Keluarga penumpang China adakan protes di kedutaan Malaysia
Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 mengadakan protes di luar Kedutaan Malaysia di Beijing. -Foto AFP
BEIJING: Ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas mengadakan protes di luar Kedutaan Malaysia di Beijing mendesak maklumat terkini daripada pihak berkuasa, menurut dua peserta pada Jumaat.

Protes tersebut diikuti dengan satu mesyuarat pada Khamis diantara pekerja MAS dan ahli keluarga mangsa yang telah menunggu lebih 50 hari tanpa menemui sebarang petunjuk mengenai pesawat tersebut dimana keadaan huru hara ini telah menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.

Kira-kira dua pertiga daripada 239 penumpang MH370 merupakan rakyat China dan ahli keluarga mereka terus menunggu dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan perkembangan terkini.

“Saya menghabiskan masa semalaman berada di luar kedutaan, masih ramai berada di luar,” kata Wen Wancheng, bapa kepada salah seorang penumpang. Beliau menjangka puluhan ahli keluarga mengambil bahagian dalam protes itu.

Ahli keluarga yang menginap di hotel yang dibayar sepenuhnya oleh MAS sebelum ini menghalang pegawai MAS daripada menghadiri taklimat harian yang diadakan di hotel tersebut dan kini mereka menggesa pihak kedutaan untuk menghantar pengganti baru, kata Wen.

Seorang lagi ahli keluarga mangsa, Steven Wang berkata, kira-kira 100 orang menunggu di luar kedutaan untuk semalaman. “Kami mahu seseorang daripada pihak kedutaan keluar dan beritahu kami mengapa mereka tidak hadir,” tambahnya.

Pihak polis telah mengadakan sekatan di sekitar kedutaan tersebut pada pagi Jumaat bagi menghalang pemberita menghampiri bangunan berkenaan. Walau bagaimanapun, pegawai kedutaan tidak memberi sebarang komen.

Ahli keluarga penumpang China terus merungut dan mengatakan kerajaan Malaysia tidak cekap dalam mengendalikan isu ini serta berahsia.

Ketegangan tercetus semasa sesi taklimat pada Khamis dimana beberapa ahli keluarga mednakwa mereka mengadakan ‘mogok lapar’ selepas wakil MAS memberitahu pegawai dari kedutaan Malaysia tidak dapat hadir untuk member jawapan kepada persoalan mereka.

Setakat ini tiada apa-apa Berjaya ditemui yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu ataupun 239 penumpang dan anak kapal yang hilang ketika dalam perjalanan menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Operasi mencari antarabangsa diteruskan di kawasan Lautan Hindi yang terletak di barat Australia dimana pesawat itu diepercayai terhempas.

Berita mula diterbitkan pada: April 25, 2014 17:00 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Khamis, April 24, 2014

Rafizi gagal burukkan DS Najib!!

3 Komen!!!
Menjelang pemilihan PKR yang akan datang, Rafizi Ramli yang mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden parti berkenaan kelihatan terdesak berkempen untuk memancing undi perwakilan dan menaikkan imejnya yang sering kali gagal di dalam usaha untuk memburukkan pemimpin dan parti UMNO/Barisan Nasional. 

Cara mudah untuk menjadi popular di dalam kempen pemilihan parti PKR adalah mengaitkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak di dalam isu yang cuba diketengahkannya. Bermula 15 April 2014, melalui 4 artikel di blog beliau di sini, di sini, di sini dan di sini, Rafizi Ramli cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri di dalam campur tangan di dalam urusan pemberian geran MOSTI berjumlah RM100 juta kepada sebuah syarikat Bumiputera yang mana 25% pegangan saham syarikat berkenaan oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP).

Pendedahan Rafizi Ramli tidak langsung mendatangkan bukti untuk menunjukkan Perdana Menteri 'mengarah' ataupun 'campur tangan' di dalam proses kelulusan geran ini.  Sebaliknya, memo sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah berbentuk umum yang tertakluk kepada pertimbangan dan 'Standard Operating Procedures (SOP)' Kementerian yang berkaitan sebagaimana banyak memo-memo sokongan lain yang dipohon melalui pejabat beliau.


Daripada surat yang dilampirkan oleh Rafizi Ramli seperti di atas, tidak ada langsung ayat yang berbaur 'arahan' yang dicatatkan.  Minit yang dicatatkan oleh Perdana Menteri di atas surat berkenaan kepada Menteri MOSTI berbunyi:
"Y.B. Dato’ Dr. Ewon Ebin, Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek ini sesuai."
Jelasnya, Perdana Menteri tidak 'campurtangan' atau 'memberi arahan' untuk kelulusan geran ini, sebaliknya sokongan yang diberikan lebih cenderung berdasarkan minat dan kesungguhan beliau untuk menjayakan 'Bioeconomy Transformation Programme (BTP)' dan mengupayakan syarikat-syarikat yang layak berkaitan teknologi hijau.

Geran 'Research & Development (R&D)' yang diberikan adalah bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, dan bukannya satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta. Geran yang dipertimbangkan oleh Kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn Bhd juga bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh  Rafizi Ramli di dalam blog beliau. 

NSE Resource Corporation (M) Sdn Bhd dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi Ramli ekoran pembohongan dan manipulasi fakta, yang bertujuan mencemarkan imej syarikat berkenaan dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik.

Penerangan lanjut berserta fakta dan ulasan terperinci mengenai kes ini boleh dibaca melalui blog sahabat CTS, blogger Sanggah Tok Janggut, di sini.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/04/cubaan-burukkan-ds-najibrazak-isu-geran.html#QIqPToykQg1JMwOT.99

Kontroversi : Bukan Saya Minta Jadi Begini – Fiza Terkilan Dipersalahkan Atas Keretakan Rumahtangga Dengan Adam

0 Komen!!!
Bukan Saya Minta Jadi Begini   Fiza Terkilan Dipersalahkan Atas Keretakan Rumahtangga Dengan Adam
Pergolakan rumahtangga Adam AF dan Fiza Elite bukan lagi topik baru dalam perbualan para pemerhati industri hiburan. Tetapi segalanya dianggap khabar angin tanpa bukti kerana pasangan ini seringkali menafikan hubungan mereka bermasalah.
Sehinggalah semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan kes permohonan cerai yang dibuat oleh Fiza akan disebut di mahkamah pada Isnin depan.
Artikel berkaitan:
Berita itu sekaligus menamatkan spekulasi yang bertebaran walaupun Adam dan Fiza masih kekal mengunci mulut dari memberikan kenyataan.
Bukan Saya Minta Jadi Begini   Fiza Terkilan Dipersalahkan Atas Keretakan Rumahtangga Dengan Adam
Bagaimanapun dalam diam, Fiza meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah masyarakat yang menuding jari menyalahkannya di atas perceraian ini di Instagram.
Menurut Fiza, dia kesal apabila kontroversi terbaru ini dikaitkan dengan kisah lamanya selain risau anak-anak akan mengetahui hal ini di masa hadapan.
Namun dalam masa yang sama, Fiza meminta agar diberi sokongan untuk terus kuat menghadapi dugaan ini demi masa depan anak-anaknya.
Bukan Saya Minta Jadi Begini   Fiza Terkilan Dipersalahkan Atas Keretakan Rumahtangga Dengan Adam
Untuk pengetahuan anda, Adam dan Fiza telah dinikahkan dalam majlis serba sederhana di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam pada bulan September tahun lalu.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah mendirikan rumahtangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan bercerai pada 4 November 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra.

sumber : oh bulan 

Selasa, April 22, 2014

Senarai Penuh Perpindahan Pemain Liga Super April 2014

0 Komen!!!

The Red Warriors dilihat akan mengeluarkan Obinna Nwaneri dan Mohammed Ghaddar, manakala pasukan dari selatan, Johor Darul Takzim pula menyenaraikan pemain Brazil, Marcos Elias Santos dan Diego Buonanotte dari Argentina selepas mengeluarkan Pablo Aimar.

Sementara itu, Baihakki Khaizan yang turut dilepaskan JDT dikatakan akan kembali ke pangkuan skuad lamanya, Lions XII.

Bintang ATM, Marlon Alex James sebelum ini juga mengejutkan ramai pihak apabila tidak mahu lagi bersama skuad itu. Berikut adalah senarai penuh bagi sesi Perpindahan April pada musim ini:-

JOHOR DARUL TAKZIM

Masuk

Marcos Elias Santos (Brazil)
Diego Buonanotte (Argentina)

Keluar

Baihakki Khaizan
Pablo Aimar

KELANTAN

Masuk

Prince Tagoe (Ghana)
Brendan Gan
Wan Zack Haikal
Mohd Fitri Omar

Keluar

Obinna Nwaneri
Mohammed Ghaddar

SELANGOR

Masuk

Evaldo dos Santos (Brazil)
Nazmi Faiz (PKNS)

Keluar

Junior Aparecido
Mohd Raimi Mohd Nor

ATM

Masuk

Fabrice Noel (Haiti)
Park Yong-ho (Korea Selatan)

Keluar

Marlon James

SARAWAK

Masuk

Ryan Griffiths (Australia)
Hassan Mohamed (Lubnan)

TERENGGANU

Masuk

Moustapha Dabo (Senegal)
Javier Estupinan (Colombia)
Marco Tulio (Brazil)

PERAK

Masuk

Milan Purovic (Yugoslavia)
Abdulafees (Nigeria)
Hassan Daher (Lubnan)

T-TEAM

Masuk

Jimmy Mulisa (Rwanda)
Leandro Dos Santos (Brazil)
Goran Subara (Australia)
Zul Aziz Nawawi  (Terengganu)
Fazli Baharudin (PKNS)

Sabtu, April 19, 2014

Punca sebenar kemalangan Karpal Singh!!

3 Komen!!!

Banyak pemimpin pembangkang mengeluarkan pelbagai teori tentang punca sebenar kemalangan Karpal Singh.. 

Ada di antara teori tersebut yang menyalahkan toyota.. kerana sepatutnya Toyota kalau buat kereta Alphard lebih baik lebih selamat Karpal Singh takkan mati.


Namun kehadiran raja Bomoh di kawasan kemalangan mengundang pelbagai persoalan??

Adakah ini punca sebenar kemalangan Karpal Singh??


nampaknya khidmat raja bomoh diperlukan untuk mencari punca sebenar kemalangan Karpal Singh oleh DAP.. 

sekarang dengan siapa sebenarnya raja bomoh ini berkerja??

Kongsi Link Anda