Popular Today

Isnin, Mei 26, 2014

#BonekaDAP desprate nak menang PRK

0 Komen!!!

Boneka DAP ini dah terdesak sangat nak menang.. banyak kali dah menipu pengundi.. tu belum jadi Ahli Parlimen lg.. baru jadi calon jek.. 

Anwar tuduh pengadil piala thomas korup!!

0 Komen!!!

Ahad, Mei 25, 2014

Strategi DAP : RBA sebarkan berita palsu kemangkatan Sultan Perak

4 Komen!!!

Salam... Harap Maklum..
Berita tentang Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah PALSU..
Telah disahkan oleh Pej Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak...
Baginda kini masih di rawat di IJN..

Sengaja disebar utk huru harakan jentera dan pemimpin yg ada di Teluk Intan. Cerita yg sama turut disebar dua minggu lepas lagi
Bilik no. 156.
Keadaan Tuanku stabil sekarang.

Doktor bertugas:

a) Dr Azahari Rosman;
b) Dato Dr Shahril;
c) Dato Dr Suraya;
d) Dato Dr Yap.

Kerabat Tuanku juga ada di IJN. Tq

Sabtu, Mei 24, 2014

Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami – Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram

0 Komen!!!
Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram
Tersentuh hati kami tatkala melihat luahan hati isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman yang tulus mendoakan supaya hati dia dan madunya, Wan Sakinah akan tetap bersatu dalam melayari bahtera rumahtangga bersama.
Mana taknya, seluruh Malaysia tahu mengenai konflik yang melanda rumahtangga Ashraf apabila dia bertindak berkahwin dengan Wan Sakinah tanpa pengetahuan isterinya itu.
Namun, melalui laman sosial milik Dayana, dapat dilihat bahawa wanita itu kini semakin bahagia hidup berumahtangga bersama suami dan madunya.
Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram
Melalui caption yang ditulis, Dayana turut mendoakan supaya mereka berdua dapat menjadi isteri yang baik buat Ashraf serta ibu yang terbaik untuk anak mereka, Sarah Ashraf.
Dalam pada itu, peminat juga seakan-akan tersentuh dengan luahan hati Dayana dan turut mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Jadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di InstagramJadikanlah Kami Isteri Solehah Terbaik Buat Suami   Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Di Instagram
Mungkin sejak kelahiran anak sulung keluarga ini, hubungan Dayana dan Wan Sakinah bertambah akrab. Buktinya, mereka kini semakin terbuka berkongsi foto bersama.
Malah, khabarnya Dayana dan Sakinah turut menjaga anak mereka bersama-sama. Kalau nak tahu, beberapa hari lalu, Sakinah turut memuat naik foto yang dikirim oleh Dayana sewaktu mengikuti perkhemahan di Raub, Pahang.
Kedua-dua wanita ini wajar dipuji. Maklum sajalah, hidup berpoligami tidak semestinya tak bahagia? Ashraf sendiri sudah membuktikan mereka mampu bahagia bersama dan saling menyayangi antara satu sama lain.
Apapun, kami doakan semoga kebahagiaan Ashraf sekeluarga akan kekal hingga ke akhir hayat dan mereka saling menyokong serta membantu sesama sendiri.

Sumber : Oh Bulan

Infografik: Fakta menarik mengenai pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi

0 Komen!!!

Pasangan panda dari negara China, Fu Wa dan Feng Yi dari Chengdu, China telah diterbangkan ke Malaysia untuk dipinjamkan selama 10 tahun.

Dalam tempoh tersebut, Malaysia akan membayar sekitar RM3 juta kepada China untuk penjagaan haiwan tersebut.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai haiwan dilindungi dan semakin pupus di dunia itu.


Rhys Ifans

Respon awal Cadbury Dairy Milk Terhadap Dakwaan Coklat Mereka Mempunyai DNA Khinzir

1 Komen!!!

Satu Laporan daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia tersebar menunjukkan produk terkenal Coklat Cadbury Hazel Nut didakwa mempunyai DNA KHINZIR.

Surat yang tersebar itu menunjukkan tarikh analisis pada 27 Februari 2014 iaitu 3 bulan yang lalu. Namun sumber asal penyebaran ini tidak diketahui dan kepala laporan juga tidak ditunjukkan. Malah terdapat kesalahan pada nama sampel yang tertulis CABBURY dan bukannya CADBURY.




Penyebaran laporan ini mencetuskan panik dikalangan peminat coklat tersebut di media sosial. Ramai yang mengajukan pertanyaan di laman facebook page Cadbury dan ini jawapan awal mereka.

Apapun sebagai pengguna dan masyarakat Islam khususnya, anda memang berhak untuk merasa bimbang kerana ia melibatkan penggunaan bahan yang haram disisi agama. Semoga ada jawapan yang lebih terperinci dikemukakan oleh Cadbury kelak untuk menjernihkan perkara ini. 

sumber : Anak Seberang 

Khamis, Mei 22, 2014

Skrip propaganda DAP..

0 Komen!!!

Skrip propaganda DAP..

Uncle pakai topi BN
Juru kamera dah sedia menunggu..
Dyana konon jd mangsa..
Juru gambar ambil gambar..
Puak PR sebarkan dan tuduh uncle ni org BN..
Dyana dpt simpati rakyat..
Rakyat akhirnya ditipu lg dgn lakonan PR.

Erk brp PR byr uncle ni..

Rabu, Mei 21, 2014

Izreen Azminda diceraikan di lokasi penggambaran

2 Komen!!!
Terkejut Abang Nara membaca berita penceraian Izreen Azminda dan suaminya, Muhammad Riza di Berita Harian hari ini. Mereka berdua telah berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seoarang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan. Lafaz cerai telah dilakukan oleh suaminya di lokasi penggambaran di Pulau Pinang selepas berlaku pertengkaran. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa kru dan pelakon lain.
izreen azminda dicerai
Berita buruk ini telah disahkan oleh Izreen sendiri. Kata Izreen:-
Ya kami sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini. Cuma buat masa ini saya enggan mengulas lanjut dan saya ia tak perlu diperbesarkan.
Mungkin ini sudah tertulis dan langkah terbaik buat saya dan dirinya. Beliau lelaki yang baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Hidup harus diteruskan dan paling utama ialah saya ada anak untuk dibesarkan.
izreen
Semoga Izreen dan Riza tabah menghadapi dugaan ini. Memang jodoh anda berdua tidak panjang. Yang penting hidup harus terus dan anak perlu diberi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Takziah Izreen dan Riza.

Kongsi Link Anda