Popular Today

Sabtu, Mei 24, 2014

Respon awal Cadbury Dairy Milk Terhadap Dakwaan Coklat Mereka Mempunyai DNA Khinzir


Satu Laporan daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia tersebar menunjukkan produk terkenal Coklat Cadbury Hazel Nut didakwa mempunyai DNA KHINZIR.

Surat yang tersebar itu menunjukkan tarikh analisis pada 27 Februari 2014 iaitu 3 bulan yang lalu. Namun sumber asal penyebaran ini tidak diketahui dan kepala laporan juga tidak ditunjukkan. Malah terdapat kesalahan pada nama sampel yang tertulis CABBURY dan bukannya CADBURY.




Penyebaran laporan ini mencetuskan panik dikalangan peminat coklat tersebut di media sosial. Ramai yang mengajukan pertanyaan di laman facebook page Cadbury dan ini jawapan awal mereka.

Apapun sebagai pengguna dan masyarakat Islam khususnya, anda memang berhak untuk merasa bimbang kerana ia melibatkan penggunaan bahan yang haram disisi agama. Semoga ada jawapan yang lebih terperinci dikemukakan oleh Cadbury kelak untuk menjernihkan perkara ini. 

sumber : Anak Seberang 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengok jawapan mereka pun tidak meyakinkan. Macam sambil lewa saja. Apa yang perlu dibuat sekarang ialah orang Islam berhenti dahulu memakan coklat ini. Itu adalah lebih baik daripada kita berperasangka buruk dan berasa was-was. Selepas diberi pengesahan besok kita buatlah pilihan sama ada nak makan atau tidak coklat itu.

Kongsi Link Anda