Popular Today

Isnin, Oktober 20, 2014

MAIS perlu bertanggungjawab

0 Komen!!!

Terdapat surat yang mengatakan program anjing ini mendapat sokongan MAIS..

Surat yang dikatakan dari Majlis Agama Islam (MAIS) sudah bertebaran di alam maya, dalam surat itu, pihak MAIS mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada penganjur acara "i want to touch a dog (IWTTAD)...



Lepas nie MAIS boleh la luluskan pulak acara i want to touch a pig, pasal babi tak haram di sentuh, babi hanya haram di makan... hahahahaha....

Tahniah MAIS, korang tanggung la dosa puak-puak tu....






Lihat gambar, apa yang menyedihkan, mereka yang bertudung dok galak sangat nak pegang anjing, tak nampak pulak awek-awek melayu yang free hair dukung anjing...





Semua foto aku collect dari facebook, untuk tunjuk pada korang bertapa gembiranya mereka dapat mendakap dan memeluk anjing...

Ini semuanya akan menimbulkan kekeliruan pada masa akan datang khasnya generasi anak-anak kita.. Umat Islam tidak dapat bezakan halal dengan halal.. bahkan mereka boleh toleransi antara haram dan halal. 

Ini adalah bunga-bunga ke arah tersebut.. selepas ini mungkin akan ada program babi dan seterusnya arak.. sekarang mereka mula mengelirukan minda umat Islam..


Penjajahan baru minda umat Islam Malaysia

3 Komen!!!

Bentuk baru penjajahan minda terhadap umat Islam...



bagaimana halus permainan mereka.. sehingga yang haram kini telah menjadi halal.. lihat betapa mudahnya Islam dijajah pemikiran mereka.. logik akal mengatasi dalil dan nas



Lihatlah bagaimana umat Islam terpedaya atas nama kebebasan dan stigma takut terhadap anjing..

Mungkin kita melihat memegang anjing dari sudut yang kecil.. tapi secara tidak langsung secara tidak sedar kita mula menghalalkan yang haram seperti kempen saya tidak takut untuk sentuh anjing yang diadakan di Selangor..

Berikut hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dengan agenda tersembunyi setelah kita mengetahui bagaimana liciknya permainan Yahudi dan Nasrani ini. Jangan kita menjadi seperti Indonesia sehingga Islam dilihat sama taraf dengan agama yang lain.


Memang kaki fitnah - Felda Menang Saman Fitnah Terhadap Wan Azizah

0 Komen!!!


KUALA LUMPUR, 17 Okt – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

“Terdapat peruntukan undang-undang bagi plaintif (Felda) di untuk mendakwa. Oleh itu, Felda boleh memulakan prosiding sivil (terhadap defendan). Ia boleh menyaman untuk melindungi reputasinya,” katanya selepas menolak isu awal yang dibangkitkan dalam perkara itu pada Jumaat.

Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfail saman terhadap Dr Wan Azizah, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam Mahat yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel memfitnah Felda dalam akhbar berkenaan.

Felda mendakwa artikel bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010.

Felda mendakwa penerbitan artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan serta keyakinan penerokaa Felda terhadap agensi itu

Komen pedas Ridhuan Tee mengenai isu sekolah vernakular

0 Komen!!!
Saya sudah dapat menjangkakan apa jawapan ultra kiasu apabila isu sekolah vernakular dibangkitkan. Belum apa-apa lagi mereka sudah melompat dengan mengatakan tidak boleh sama sekali sekolah ini dihapuskan. Lebih serius lagi, mereka samakan kedudukan sekolah vernakular dengan kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.

Peliknya, boleh dikatakan tidak ada kenyataan balas selepas itu. Maklumlah takut hilang kuasa.

Ketika AGM ultra kiasu, banyak kali saya dengar berbagai perkara dibincangkan menyentuh hak istimewa Islam dan Melayu dan perkara sensitif. Adakah ketika itu UMNO memberi amaran jangan bincangkan perkara ini. Siapa yang lebih bersifat terbuka?

Kenyataan ini dikeluarkan sebab ada masalah. Sebab itu UMNO mahu membincangkan. Adakah kita tidak nampak langsung masalah yang ditimbulkan oleh sekolah vernakular?

Saya tidak nampak UMNO begitu berani untuk memansuhkan sekolah vernakular kerana ada implikasi politiknya. Sekolah vernakular akan terus kekal.

Apa yang perlu dilakukan adalah penambaikan, sebab kerajaan telah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk sekolah vernakular sehinggakan statusnya hampir sama seperti sekolah kebangsaan. Adakah kedudukan sekolah ini tidak boleh dibahaskan langsung.

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian adalah

Pertama, masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu (BM) mesti ditambah. Wajibkan P&P BM setiap hari. Paling kurang 2 jam satu hari.

Tidak kira ditentang macam mana sekalipun, anak-anak bukan Melayu mesti dipandaikan dengan bahasa negara demi masa depan.  Sekiranya mereka gagal, syarat-syarat mesti dikenakan. Misalnya, tidak boleh naik darjah, jika gagal dalam komunikasi dan tulisan.

Begitu juga mata pelajaran sejarah, wajibkan diajar dalam BM, bukannya bahasa ibunda sebagaimana yang berlaku pada masa kini.

Perpaduan nasional tidak akan tertegak jika generasi akan datang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa negara.

Kedua, saya ingin memetik pendapat Nordin Kcd (6.1014), yang memberi respon kepada MCA. Nampaknya MCA masih dibuai mimpi dengan kejayaan lampau mereka kerana mendapat hak keistimewaan dalam pendidikan vernakular bagi kaum mereka. Hasilnya hari ini MCA sendiri melahirkan generasi baru kaum Cina yang tidak fasih menguasai bahasa kebangsaan negara sendiri. MCA masih lagi mengagong-agongkan bahasa kebangsaan dari negara luar hanya kerana kaum mereka berasal dari negara tersebut.

Ada dua sebab utama kenapa pemimpin MCA terdahulu menuntut hak pendidikan vernakular Cina ini dikekalkan. Pertama, kaum Cina ketika itu anggap Malaya hanya tempat untuk mereka cari makan. Setelah mereka jadi kaya mereka akan pilih untuk kembali dan mati di negara Cina, negara tempat asal usul mereka. Sebab itu mereka perlu tahu bahasa dari negara asal usul mereka.

Kedua, kaum Cina takut diperlakukan sama seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina, yang mana kaum mereka dipaksa untuk diasimilasikan mengikut budaya dan bahasa tempatan sehingga identiti bangsa mereka sebagai kaum Cina terus hilang.

Sebagai timbal-balas keatas pengiktirafan yang mereka berikan terhadap hak keistimewaan orang Melayu terutama dalam bidang ekonomi, mereka turut menuntut hak keistimewaan yang setara terutama dalam bidang pendidikan diberikan kepada kaum mereka.

Sebab itu MCA hingga kini begitu sensitif mempertahankan hak keistimewaan kaum Cina ini walau pun ia meninggalkan kesan negatif kepada kaum mereka untuk beridentitikan "orang tempatan".

Menurut Nordin lagi, bagi MCA menghapuskan sekolah Cina samalah seperti menghapuskan sejarah kejayaan lampau parti mereka yang mereka guna untuk meraih sokongan kaum mereka kepada MCA.

Akibatnya hari ini generasi baru kaum Cina masih gagal menguasai bahasa kebangsaan negara sendiri seperti mana kaum mereka di Thailand, Indonesia dan Filipina. Malah pendatang asing dari Bangladesh dan Myanmar lebih fasih menguasai bahasa kebangsaan Malaysia berbanding warganegara Malaysia yang berbangsa Cina ini.

Pada satu sudut, MCA berjaya mengekalkan sekolah vernakular Cina tetapi di sudut yang lain MCA gagal meletakkan anak bangsa mereka setara dengan bangsa lain yakni beridentitikan “anak jati tempatan” atau “Anak bangsa Malaysia”.

Hari ini kaum India nampaknya lebih berjaya menguasai bahasa kebangsaan berbanding kaum Cina. Itu yang patut MCA fikirkan kerana orang Melayu sendiri lebih senang berkawan dengan kaum India kerana mereka boleh berkongsi satu bahasa dan memahami antara satu dengan yang lain.

Ketiga, kerajaan mesti memantau sekolah vernakular setiap masa, setiap ketika. Garis panduan dan indeks penunjuk prestasi (KPI) mesti diwujudkan. Pastikan operasinya tidak lebih Cina dari negara China.

Rakan saya dari negara China, menggeleng-geleng kepala melihat betapa beruntungnya Cina di Malaysia mendapat hak pendidikan di sini, seolah-olah membenarkan wujudnya negara dalam negara. Di negara merekapun tidak secina di sini. Saya semakin menjadi tidak faham, kenapa dalam sebuah negara yang mendaulatka BM, ada segelintir yang mahu menjadi secina-cinanya. Pernahkan mereka terfikir soal pembangunan negara bangsa?


Akhirnya, saya amat mengharapkan masyarakat Cina di Malaysia tidak terlalu mendesak atau menekan kerajaan. Jika tidak pasti akan wujud banyak lagi Perkasa dan Isma.

Isnin, Oktober 13, 2014

Senarai Barangan yang dikecualikan GST #InfoGst

0 Komen!!!
GST- Barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan
Menteri Kewangan II berkata senarai itu perlu diwartakan supaya peniaga boleh struktur semula sistem perniagaan mereka apabila GST dilaksanakan April tahun hadapan. - Gambar fail

Pada pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu, beliau telah mengumumkan senarai barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk diwartakan.

Senarai itu turut mengandungi lebih daripada 900 barang yang berada dalam 'basket of goods' (kumpulan barang).

Ia juga telah dibahagikan kepada dua sektor pembekalan pengecualian iaitu sektor barangan dan perkhidmatan.

Berikut adalah ringkasan senarainya:

BARANGAN

Mana-mana tanah yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan  setakat ia digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan kediaman atau pertanian,atau kegunaan am.

i. Setakat bagi tujuan pertanian tidak termasuk tanah yang digunakan bagi aktiviti memburu dan memancing;atau

ii. Bagi tujuan kediaman termasuk apa-apa kemudahan tempat letak kereta yang bersampingan dengan pembekalan bangunan kediaman itu.

iii. Mana-mana bangunan atau premis setakat ia digunakan bagi tujuan kediaman, direka atau disesuaikan untuk digunakan atau diniatkan untuk digunakan sebagai kediaman tidak termasuk hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan atau establismen yang serupa bagi tempat tidur.

RUMAH
Mana-mana tanah yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan kediaman.

2. Mana-mana pembekalan logam berharga pelaburan termasuk adalah seperti:

i. Emas yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang  mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;

ii. Perak yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.9%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;

iii. Platinum yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;

GOLD
Pembekalan logam berharga pelaburan termasuk emas, perak dan platinum.

PERKHIDMATAN:

Perkhidmatan Kewangan

i. Operasi apa-apa akaun semasa, akaun deposit simpanan atau akaun pelaburan.

ii. Penyediaan pembiayaan apa-apa pinjaman, pendahuluan atau kemudahan yang serupa. Penyediaan apa-apa kemudahan ansuran kredit kewangan dalam suatu perjanjian sewa beli, jualan bersyarat, jualan kredit atau pajakan jika suatu faedah atau apa-apa caj lain yang serupa dinyatakan secara berasingan kepada penerima pembekalan barang itu.

iii. Pemindahan hak milik apa-apa nota atau arahan bagi pembayaran

iv. Pertukaran matawang atau pemindahan hak milik apa-apa derivatif yang berhubungan dengan pertukaran matawang (sama ada disebabkan oleh pertukaran mata wang, wang kertas atau syiling, dengan mengkredit atau mendebit akaun atau selainnya) selain pembekalan suatu wang kertas atau syiling sebagai suatu item yang digemari pengumpul, artikel pelaburan atau item yang bernilai numismatik.

v. Pemindahan hak milik apa-apa hak atau derivatif yang berhubungan dengan suatu obligasi bagi membayar faedah atau caj yang serupa..

DOC LOAD
Operasi apa-apa akaun semasa, akaun deposit simpanan atau akaun pelaburan.

Perkhidmatan pendidikan

Perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pendidikan:

i. Berhubung dengan pendidikan taman asuhan kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta yang disediakan kepada pelajar oleh penyedia berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1961 [Akta 43 tahun 1961],

ii. Majlis Amanah Rakyat 1966, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Enakmen yang berkaitan dengan pengawalan sekolah agama Islam bagi Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

iii. Makanan dan minuman yang dibekalkan oleh operator kantin di pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan atau bantuan kerajaan atau prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta

iv. Taman asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta”ertinya suatu sekolah atau suatu institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan yang ditakrifkan di bawah Akta Pendidikan 1996

v. “Institusi pendidikan” ertinya suatu sekolah atau mana-mana tempat lain yang, dalam menjalankan kerja suatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah suatu tadika dan suatu pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk;

vi. Mana-mana tempat yang dikategorikan sebagai suatu institusi pendidikan swasta yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 yang menyediakan kelas tuisyen, latihan bahasa, komputer, kemahiran,kerjaya,profesion atau pekerjaan atau perdagangan, pengayaan minda dan pusat bimbingan

vii. Mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tangungjawab bagi pendidikan,melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai bukan suatu institusi pendidikan bagi maksud Akta Pendidikan 1996;

SEKOLAH
Perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan dengan pendidikan seperti  taman asuhan kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta.

Perkhidmatan asuhan

I. Perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang disediakan oleh mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

tadika
Taman Asuhan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta yang didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta586] termasuk:

i. Apa-apa perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi dan ambulans yang disediakan oleh seorang profesional jagaan kesihatan;

ii. Apa-apa perkhidmatan bagi pemeriksaan, diagnosis, atau rawatan seseorang yang menghidap, atau dipercayai menghidap, apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;

iii. Apa-apa tempat tinggal bagi maksud penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan;

iv. Apa-apa perkhidmatan bagi maksudkesihatan pencegahan atau penggalakan;

v. Apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain;

vi. Apa-apa perkhidmatan makanan yang disediakan kepada pesakit oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen;

vii. Apa-apa perkhidmatan bilik mayat yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen

Bagi maksud butiran ini:

i. “Kemudahan jagaan kesihatan swasta” ertinya mana-mana premis,selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, seperti hospital swasta, hospis, pusat jagaan ambulatori, rumah jagaan kejururawatan, rumah bersalin, hospital psikiatri, rumah jagaan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat, pusat hemodialisis, klinik perubatan dan klinik pergigian dan apa-apa premis jagaan kesihatan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagikesihatan melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

ii. Untuk menduduki tanah bagi tujuan pertanian tidak termasuk pemberian apa-apa kepentingan atau hak ke atas tanah atau lesen untuk menduduki tanah setakat yang tanah itu digunakan untuk aktiviti memburu dan memancing;

HOSPITAL
Perkhidmatan berkaitan kesihatan termasuk perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi dan ambulans yang disediakan oleh seorang profesional jagaan kesihatan.
Perkhidmatan pengangkutan

Pengangkutan penumpang :

i. Mana-mana kenderaan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan termasuk bas tidak termasuk bas sewa; teksi tidak termasuk kereta sewa dan pandu; suatu syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Keretapi 1991 [Akta 463] untuk menyediakan perkhidmatan rel dan mana-mana kapal atau vesel yang dilesenkan sebagai kapal penumpang di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952

BAS
Senarai turut menyenaraikan perkhidmatan bas

Tol lebuh raya

Pemberian apa-apa hak untuk menggunakan lebuh raya bertol di jalan awam

TOL
Lebuh raya bertol

Perkhidmatan pengebumian, perkuburan dan pembakaran mayat

Apa-apa pembekalan perkhidmatan dalam suatu pakej berhubung dengan upacara dan penghormatan, pelupusan mayat atau upacara peringatan;

Program perancangan pra keperluan pengebumian iaitu penempahan kolumbarium atau plot tanah perkuburan.

casket
Upacara dan penghormatan, pelupusan mayat atau upacara peringatan juga disenaraikan

Sabtu, Oktober 11, 2014

Punca PKR Selangor tidak batalkan pesta arak terjawab!!

4 Komen!!!



Nampaknya dah ada jawapan kenapa Kerajaan PR susah sangat nak batalkan Parti Oktoberfest..

Patut pun PR x nak batalkan Oktoberfest.. sbb diaorg le tokey besarnya.. x gitu PAS??

Kita lihat bagaimana PR dari mula asyik berbolak balik... sebenarnya tidak berniat untuk membatalkan pun parti arak..

Namun disini rakyat mahu melihat peranan PAS dalam PR.. adakah PAS masih hidup dan pertahankan Islam atau pun Pas dah mampus dalam PR.. mati tidak berkubur..

PAS kini hanyalah mayat hidup yang terpaksa bersama PR.. walaupun PR tidak lagi mahukan PAS..  

Jumaat, Oktober 10, 2014

#Bajet2015 menyebabkan pembangkang terkedu!!

1 Komen!!!
Asas penggubalan Bajet menekankan keseimbangan antara ekonomi modal dan ekonomi rakyat: PM Najib
Bajet 2015: Pertumbuhan ekonomi dijangka terus kukuh di antara 5% dan 6% manakala defisit fiskal terus berkurangan kepada 3% daripada KDNK: PM
Bajet 2015: RM273.9 bilion yang diperuntukkan, iaitu peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding 2014: PM Najib
Bajet 2015: Pada tahun 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan berjumlah RM235.2b, peningkatan sebanyak RM10.2b dari 2014: PM Najib
Bajet 2015: Dengan pelaksanaan GST pada tahun depan, hasil kerajaan dianggarkan sebanyak RM23.2b: PM
Bajet 2015: RM4.9 bilion pendapatan GST disalurkan kembali kepada rakyat melalui progs bantuan seperti BR1M, jumlah akhir adalah RM690m
Bajet 2015: Pantai Timur landasan kereta api bersama-sama Gemas & UML; CMentakab, Jerantut & UML; CSungai Yu dan Gua Musang & UML; CTumpat dinaik taraf: PM Najib
Bajet 2015: Bajet ini akan menjadi sentuhan penamat kepada semua 10 Rancangan Malaysia: PM Najib
Bajet 2015: 3 Projek LRT, menghubungkan Bandar Utama ke Shah Alam dan Klang, pada anggaran kos sebanyak RM9 bilion, akan dilaksanakan
Bajet 2015: RM50 juta akan diperuntukkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan India yang akan memberi manfaat kepada 5,000 usahawan India: PM
Bajet 2015: RM50m diperuntukkan bagi Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional untuk manfaat 5,000 wanita profesional
Bajet 2015: Antara item tambahan yang dikecualikan daripada GST: Buah-buahan, roti putih dan gandum, serbuk kopi, habuk teh, mi, membaca perkara
Bajet 2015: Individu kadar cukai pendapatan yang akan dikurangkan sebanyak 1 hingga 3% mata; 300,000 pembayar cukai individu tidak lagi akan membayar cukai pendapatan.
Bajet 2015: Pembayar cukai dengan keluarga dan pendapatan RM4,000 sebulan tidak akan mempunyai liabiliti cukai
Bajet 2015: PM Najib menggariskan 6 projek infrastruktur utama untuk tahun 2015, termasuk pembinaan lebuh raya baru dan landasan kereta api
Bajet 2015: Kerajaan memperuntukkan RM3b untuk menaja pendidikan; yang RM1.9b adalah untuk JPA, Min Pendidikan RM759m, Kesihatan Min RM258m
Bajet 2015: Kerajaan bagi menyediakan pinjaman mudah RM50 juta kepada usahawan IKS Cina dan RM30 juta untuk penjaja dan peniaga kecil: PM Najib
Bajet 2015: RON95, diesel dan LPG akan dikecualikan daripada GST: PM Najib
Bajet 2015: Kerajaan akan membina 12 buah sekolah baru di seluruh negara; 7 buah sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan 2 sekolah berasrama penuh: PM Najib
Bajet 2015: Kerajaan mencadangkan rebat 10% kepada PTPTN peminjam yang terus membuat pembayaran balik selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015
Bajet 2015: Kerajaan merancang untuk melatih 125 pengarah wanita yang berpotensi untuk mengisi jawatan sebagai ahli lembaga GLC dan sektor swasta
Bajet 2015: Kerajaan akan membangunkan mekanisme baru untuk menyediakan subsidi petroleum yang akan diumumkan tidak lama lagi: PM Najib
Bajet 2015: Skim Perumahan Belia menawarkan 20,000 unit untuk pasangan muda berkahwin yang berpendapatan tidak lebih daripada RM10k: PM Najib
Bajet 2015: Kerajaan memperuntukkan RM30m untuk menyediakan latihan teknikal dan bantuan pendidikan untuk belia India: PM Najib
2015: Kerajaan memperuntukkan RM660m untuk meningkatkan keselamatan di Esszone dan Esscom: PM Najib
Bajet 2015: Kerajaan akan memperuntukkan RM45.4m untuk menyediakan ubat-ubatan untuk pesakit yang menjalani hemodialisis kronik dan akut: PM Najib
Bajet 2015: Penggunaan elektrik tidak dikenakan GST meningkat daripada yang pertama 200 unit kepada 300 unit; akan memberi manfaat kepada 70pc isi rumah
Bajet 2015: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan daripada RM650 kepada RM900 untuk keluarga berpendapatan RM3k ke bawah
Bajet 2015: BR1M untuk belia yang berpendapatan RM 2,000 dan kurang akan dinaikkan kepada RM350 daripada RM300
Bajet 2015: Ahli-ahli Parlimen akan dinaik taraf ke tahap Jusa C, senator dinaik taraf kepada btwn Gred 54 dan Jusa C
Bajet 2015: peruntukan RM50m kepada NGO yang boleh dipercayai, termasuk badan-badan beruniform yang terlibat dalam kebajikan sosial, kesihatan dan keselamatan: PM Najib

Selasa, Oktober 07, 2014

Isu Pesta Arak Selangor - kenyataan ulama kini "dibangkulsampahkan"

2 Komen!!!


PAS terus membisu dengan Pesta Arak besar-besaran yang dianjurkan di sekitar Selangor. Malah billboard mempromosikan pesta ini juga telah dipasang sekitar Shah Alam yang mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Minggu lalu, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mengatakan yang pesta arak di Selangor tidak boleh dihalang kerana di Selangor punyai rakyat berbilang bangsa dan agama. Jadi, Khalid berkata kepada media pesta tersebut JANGAN dihalang kerana takut melukakan hati orang bangsa lain.



Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasruddin Hassan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Ajk Pas Pusat, Khalid Samad.

"Saya tidak nafi hak arak dibolehkan bagi mereka yang agamanya membenarkan. Tetapi dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama Persekutuan seperti di Malaysia, hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi, apa lagi dipestakan secara besar-besaran begini," katanya.

Namun lain pulak yang jadi apabila kenyataan Nasruddin dikatakan KETINGGALAN ZAMAN.

Komentar yang diberikan dalam sebuah akaun facebook mengutuk dan menghina Nasruddin supaya tidak JAGA TEPI KAIN orang lain terutama di Selangor.

Komen-komen yang dipercayai daripada penyokong Pas Liberal menasihatkan Nasruddin supaya tegur dahulu kelab-kelab malam yang ada disekitar Bandar Temerloh iaitu tempat beliau menang.

Tutup dahulu kelab malam yang menyajikan arak sebelum memberi nasihat kepada Pas Selangor.

Teruk jugak perangai Pas Liberal ni. Nampaknya Pas sudah hilang Islamnya.

sumber : Jawabernam

Kongsi Link Anda