Bentuk baru penjajahan minda terhadap umat Islam...
bagaimana halus permainan mereka.. sehingga yang haram kini telah menjadi halal.. lihat betapa mudahnya Islam dijajah pemikiran mereka.. logik akal mengatasi dalil dan nas
Lihatlah bagaimana umat Islam terpedaya atas nama kebebasan dan stigma takut terhadap anjing..
Mungkin kita melihat memegang anjing dari sudut yang kecil.. tapi secara tidak langsung secara tidak sedar kita mula menghalalkan yang haram seperti kempen saya tidak takut untuk sentuh anjing yang diadakan di Selangor..
Berikut hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dengan agenda tersembunyi setelah kita mengetahui bagaimana liciknya permainan Yahudi dan Nasrani ini. Jangan kita menjadi seperti Indonesia sehingga Islam dilihat sama taraf dengan agama yang lain.
3 ulasan:
Umat islam dikelirukan setiap hari. Dipecah belahkan.
Jawapan kenapa tak boleh pegang anjing. a) diharus bela anjing.....................
penganjur telah mendapat kebenaran daripada mais. tak boleh persoalkan tau..
Catat Ulasan