Semalam di sidang dewan rakyat, PM membidas gagasan Middle Malaysia.. Tindakan ini sangat tepat kerana dasar tersebut bukan sahaja retorik tetapi merupakan agenda DAP untuk mengusai megara ini dengan menghapuskan hak keistimewaan Melayu, Islam, dan Institusi Raja-Raja Melayu!!
Middle Malaysia adalah jelmaan DAP yang mahukan samarata antara Bumiputra dan Bukan Bumiputra, Islam dan Bukan Islam.. Semua ini adalah tindakan dan usaha komunis yang tidak pernah padam dalam perjuangan DAP!!!!
PM secara sinis berkata, gagasan DAP itu tidak ikhlas untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya ia muncul secara tiba-tiba setelah 1Malaysia semakin popular dan diterima rakyat.
"Middle Malaysia adalah penjenamaan semula Malaysian Malaysia tetapi apa yang pasti kedua-duanya tidak pernah berpaksi kepada Perlembagaan dan sejarah negara. "Ia hanya slogan dan retorik yang tiada pelaksanaan, tetapi 1Malaysia datang bersekali dengan tindakan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,"
Pada ketika ini, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) cuba membuat provokasi terhadap Perdana Menteri dengan mendakwa 1Malaysia telah ditiru daripada Middle Malaysia dan menyifatkan Najib sebagai penciplak paling besar.
Kata Karpal, Najib amat perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan mengaitkan Perdana Menteri dengan kes mahkamah termasuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menegur Pengerusi DAP itu supaya memberikan soalan yang berkaitan tetapi ia tidak diendahkan oleh Karpal yang berterusan mengaitkan Najib dengan kes-kes mahkamah itu.
Pada ketika ini, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan bertanya kepada Karpal dengan suaranya yang nyaring: "Are you OK YB," yang disambut oleh gelak ketawa oleh penyokong kerajaan yang lain.
Karpal kemudiannya menanyakan soalan tambahannya dengan mempersoalkan tindakan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang bersifat rasis, berlawanan dengan semangat 1Malaysia.
Perdana Menteri menjelaskan bahawa mana-mana individu di pejabat beliau yang bertentangan dengan dasar kerajaan khususnya 1Malaysia akan diambil tindakan dan dalam kes Nasir, beliau telah dikenakan tindakan sewajarnya.
Dalam pada itu, mungkin setelah dilihat usaha provokasi Karpal kurang berjaya, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bangun mempertikaikan tindakan kerajaan menolak soalannya yang didakwa berkaitan dengan semangat 1Malaysia.
Kit Siang dalam soalan yang didakwa ditolak itu, meminta Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dituduh bersifat rasis kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu dan Islam.
Tindakan Kit Siang itu ditegur oleh Kiandee yang menyatakan hanya dua soalan tambahan dibenarkan dan Penasihat DAP yang tidak berpuas hati masih enggan mengalah dan berterusan membangkitkan perkara sama.
Pada ketika ini, terdengar laungan dari kalangan penyokong kerajaan yang menyifatkan soalan itu sebagai soalan kroni mengambil kira Guan Eng ialah anak Kit Siang.
"Itu soalan kroni la," jerit Bung Moktar.
Popular Today
Rabu, Mac 17, 2010
Edisi PKR diliwat DAP : Kubur Cina diutamakan, Universiti Melayu dikuburkan!!!



kalid dan hilang akal.YBK mahu melaksanakan projek pembinaan kampus UITM serendah.dengan projek ini dapatlah pihak YBK memberikan makan dan pakai secara percuma untuk beratus anak yatim yang dalam tanggungan mereka.
usaha membela bangsa tidak dipedulikan. YBK dilanyak segila mungkin oleh kalid gagap.
pada masa yang sama,kalid gagap mengutamakan kepentingan bangsa lain. dia memperuntukan sejumlah besar tanah di selangor untuk membina jirat (kubur mega) cina..
dokumen ini kami (bloger jalanan) dapat melalui sumber dalaman. bertujuan hanya mahu meranapkan pakatan daripada memerintah selangor pada pru ke 13.
ada orang sudah kepanasan bila aku keluarkan artikel kias, kias yang kononnya kami bloger jalanan dapat RM50 juta daripada najib dan muhyidin.
aku mahu buat sedikit pengumuman. aku bukan ahli umno pun. ini blog independent.
ah peduli apa aku dengan penghargaan umno. soal melayu soal islam bukan perjuangan mutlak parti,ini perjuangan semua umat. semua orang punyai hak memuji dan menegur. .
buat masa ini fokus perjuangan aku mahu lingkupkan pakatan selangor. samada pihak umno setuju atau tidak dalam segala serangan kami itu bukan masalah aku.
samada kamu sakit bila aku balun umno itu juga bukan persoalan aku. jelas umno masih lagi dalam denial syndrome,menafikan kekuatan media blog sebagai sayap baru yang boleh menunggang terbalikkan pakatan.
takde hal bagi aku. aku cakap macamni pasal aku dah kehilangan seorang lagi rakan bloger yang hebat,..analisa kumbang. beliau telah istihar tak lagi aktif menulis blog.
kumbang ni budak je, tapi otaknya lebih tajam daripada si bloger pujaaan umno. siang malam naik motor cari bahan berita.
kumbang suara anak muda,suara bukan umno macam kami yang fokusnya hanyalah mahu menumbangkan pakatan haram.
umno sekali lagi mengulangi kesilapan sepertimana yang mereka lakukan pada pru ke 12, memandang remeh keupayaan media blog.hmmmm..nombor 1 dan 2 umno sedang mengulangi kesilapan lampau
Sumber: GAP
Selasa, Mac 16, 2010
PKR gunakan boneka orang asli pula!!!!
Esok dikatakan pembangkang melalui proksinya akan mengadakan perhimpunan orang asli esok di Putrajaya.Perhimpunan anjuran Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Dijangka 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah. [rujuk sini]
Tapi adakah perhimpunan ini satu kebetulan .. ataupun sengaja memancing isu yang lain.. apa dia.. tentunya Pilihanraya negeri Sarawak..
Isu orang Asli ini ialah rancangan halus pembangkang melalui NGOnya untuk menarik suku kaum di Sarawak menentang isu pemilikan tanah.. mereka bukan benar-benar untuk perjuangkan nasib orang Asli..
Taktiknya ini dapat dibaca dengan mudah, segala berita yang dikeluarkan oleh media seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Harakah dan lain-lain yang bertaraf pencacai Pakatn Rakyat kepada NGO tertentu semestinya didalangi oleh Penjahanam Rakyat (PR).. kerana semua berita bernilai politik Bro ANuwar Bin Ibrahim 'B.A.B.I' Pakatan Rakyat
Ianya boleh dibuktikan dari tempoh masa isu ini di keluarkan iaitu menjelang tempoh akhir Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10. Isu ini telah disusun rapi untuk membangkitkan imarah rasa tidak puas hati kaum pribumi di sarawak terhadap kerajaan BN.. apatah lagi berkaitan dengan isu tanah adat yang bertahun lamanya tertangguh!!
Namun jika PKR nak perjuangkan hak rakyat orang Asli, patut rakyat Sarawak memikirkan apakah nilai orang pribumi di mata PKR... mereka hanya dianggap sebagai sampah..
Bukti jelas apabila seorang prebet Melayu mati akibat dilanggar oleh kereta pemimpin PKR, Tian Chua yang mengikut rombongan Ceramah ANuwar Ibrahim telah dibiarkan tanpa pembelaan. Nyawa prebet tersebut dilayan seperti sampah!!!... Jika Cina atau India yang mati seperti teoh Beng Hock dan Kugan mereka akan memperjuangkan kematian si Cina dan India ini berbanding nyawa bangsa Melayu.
Mereka tidak pernah hirau kepentingan orang pribumi.. apa yang penting bagi mereka ialah kuasa sahaja.. isu yang mereka perjuangkan bermusim dan ditimbulkan hanya apabila hampir dengan pilihanraya. Cakap lebih tetapi semuanya pembohongan belaka!!!.
Inilah cara PKR parti ALjuburi untuk tarik perhatian.. wahai bangsa Melayu sedarlah, kamu hanya dianggap sebagai 'banjingan' oleh Pakatan Rakyat dan PKr.. apatah lagi DAp.. hanya untuk dipergunakan.. lihat sahajalah di Pulau Pinang, melayu dipinggirkan dan dinafikan haknya setelah mereka mendapat kuasa..
Ingat!!! halau PKR dari Johor!!!! Halau Pembunuh!!!
Kematian Mohd. Salleh kerana ANuwar Gagal bertindak awal?
Fakta pertama tentang kes kematian langgar lari di Jalan Kota Tinggi pada jumaat lalu ialah mangsa langgar telah diabaikan oleh rombongan PKR lebih mementingkan ceramah dari nyawa orang Melayu.
Pada hari kejadian tersebut, lelaki malang tersebut yang merupakan seorang askar, Mohd. Salleh Hamdan, 22 telah maut akibat dilanggar oleh pemimpin PKR yang dalam perjalanan ke Mersing dan bukan itu sahaja mangsa dikatakan telah patah tangan akibat kemalangan tersebut.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Salleh Hamdan, 22, koma akibat kecederaan parah sebelum meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.Menurut sumber PKR, "Tian Chua bersama 2 orang rakannya telah bertolak lebih awal ke Mersing berikutan beliau adalah penceramah ke 2 terakhir sebelum DS Anwar Ibrahim. Selepas kira2 45 minit Tian Chua meninggalkan jamuan makan malam tersebut barulah DS Anwar Ibrahim bertolak ke Mersing dan beliau berhenti ditempat kejadian untuk mengetahui keadaan sebenar dan kemudiannya terpaksa meneruskan perjalanan ke Mersing untuk program di sana. Selesai sahaja program tersebut beliau bergegas untuk ke Balai Polis Kota Tinggi namun dalam perjalanan ke sana beliau dimaklumkan bahawa urusan di balai polis tersebut telah selesai."
Ketua Polis Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohammad Sebot berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan ke sini dari arah Mersing, manakala Tian Chua menuju ke Mersing untuk menyampaikan ceramah selepas menghadiri satu majlis ramah mesra di sini.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal dan Mercedes Benz bertembung selepas kereta Mercedez dinaiki Tian Chua itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini."
Utusan
Bagaimana seorang pemimpin PKR langsung tidak mempunyai hati perut!!!...
Apa yang dipersoalkan ialah ianya melibatkan nyawa dan bukan boleh dijual ganti.. Ada ke patut ANuwar hanya berhenti sebentar sahaja.. ini nyawa!! adakah patut Tian Chua teruskan perjalanan ke Mersing... dan hanya selepas ceramah baru beliau membuat laporan polis... ini nyawa manusia.. nyawa seorang Melayu...
Bukankah sepatutnya Tian Chua hantar mangsa ke hospital dan pastikan keselamatan nyawa mangsa kemalangan yang dilanggarnya!!!
Bukan setakat itu, Tian Chua juga berjanji untuk melawat mangsa tetapi beliau memungkiri janji tersebut!!! dan lebih malang lagi dan ini diakui oleh AMK Gelang Patah apabila kepimpian PKR kawasan Kota Tinggi dan Negeri Johor juga gagal memberi perhatian yang sepatutnya.. tidak langsung menjenguk mangsa yang dilanggar oleh Tian Chua..
Adakah patut, PKR kawasan Kota Tinggi yang dekat langsung tak pergi menjenguk.. ini pulak yang jauh dari Gelang Patah, AMK pulak tu... mana badan induk PKR Johor!!!! mana wakil rakyat dan pemipin Pakatan yang menjenguk!!!
Namun apa yang lebih penting ialah kenyataan AMK Pasir Gudang bahawa Anwar ialah tokoh yang datang kemudian iaitu selepasn Tian Chua berlanggar mangsa tersebut, jika ANuwar prihatin pasti beliau akan menunggu mangsa tersbut dan pastikan mangsa tersebut selamat sehingga di hospital. Tapi siapalah mangsa tersebut, rakyat marhean, orang bawahan dan orang Melayu.. sebab itu beliau hanya ditinggalkan sahaja oleh ANuwar!!!
Adakah nyawa orang Melayu tidak bermakna apa-apa kepada ANUwar!!!
ATas dasar itu wahai rakyat Johor, caranya ialah halau sahaja PKR Pembunuh dari negeri Johor.. jangan beri ruang dan peluang kepada PKR dan Pakatan pembangkang untuk bertapak dinegeri keramat ini!!!
Kita tidak mahu pemimpin durjANa bunuh rakyat negeri Johor lagi...!!!!
Pembohongan Anwar berkenaan video di penjara
Video di atas menjadi isu minggu lepas ikutan laporan polis yang dibuat di Bangi oleh sekumpulan anakmuda yang menggelarkan diri mereka sebagai GELI atau Gerakan Anti Liwat.
Respons Anwar hanyalah apa yang tertera di dalam video beliau di penjara itu adalah fitnah.
Menurut Dariel Arif, kenyataan yang dibuat Anwar ini seolah-olah rakyat Malaysia begitu bodoh untuk percaya pada beliau.
Dalam laporan Malaysiakini beliau memberitahu wartawan bahawa beliau hanya boleh berdiri dan berjalan hanya 10 tapak.
Seluruh rakyat Malaysia dapat melihat beliau berjalan lebih 60 tapak dalam video di atas (2:21 - 3:48). Bukan sahaja itu, Anwar boleh memakai pendakap leher tanpa bantuan orang lain.
Dalam blognya sini Anwar menyalahkan kecederaan yang dihadapi beliau adalah disebabkan dipukul oleh ketua polis negara.
Apa yang sebenarnya kecederaan tulang berlaku yang berlaku pada beliau adalah disebabkan bermain sepak takraw di penjara pada pertengahan tahun 1999. Anda boleh baca laporan malaysiakini di sini.
Pada ketika itu, dia turut menghadapi masalah stenosis (penyempitan abnormal suatu laluan atau bukaan) salur spina yang menyebabkan beliau sukar untuk kencing pada ketika itu.
Kedua-dua masalah ini ternyata tiada kena mengena dengan dipukul oleh Ketua Polis Negara.
Pada ketika itu, beliau menggunakan keadaannya yang sakit untuk mengemis simpati dan menyalahkan kerajaan. Padahal beliau boleh sembuh dengan menjalani rawatan tetapi beliau sering menolak. Baca di sini untuk mengetahui selanjutnya.
Tun Mahathir berani mempertaruhkan nyawa dengan menjalani pembedahan jantung berisiko tinggi di Malaysia. Anwar yang sakit berisiko rendah begitu mengada-ngada mahu 4 pilihan pembedahan untuk dilakukan dengan pakar diimport dari Jerman.
Ramai kakitangan penjara mengetahui siapa Anwar sebenarnya. Bukan lagi rahsia Anwar sering berpura-pura sakit di khalayak umum dan kembali sihat di dalam penjara. Beliau mampu berurut dengan Rashid di sana.
Dikhabarkan oleh kakitangan penjara bahawa Anwar mewujudkan suasana cemas di penjara dengan berpura-pura sakit semata-mata untuk mengelak bersembahyang jumaat dengan jemaah lain di penjara.
Posted by The Unspinners
Isnin, Mac 15, 2010
satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara

Memang saspen je aku dengar ayat di atas, tapi itulah yang ditulis YB Zulkifli Nordin berkaitan Sidang Dewan Rakyat ke 12, Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama yang dijadualkan bersidang daripada esok sehingga Khamis 15 April 2010.
Beliau berkata, "Tapi saya percaya peringkat awal sidang kali ini akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara. Apa dia? Tunggu dan lihat! Jangan kemana-mana, dan jangan betulkan antenna telinga anda..apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers..hehehe !!!"
Bunyi sangat menarik untuk diketahui, apa yang dimaksudkan dengan perkara bakal meletupkan suasana politik negara.... kita tunggu je lah..
Namun sebelum itu, sidang parlimen pastinya memang sesuatu yang menarik kalau dahulu hanya kerajaan sahaja akan kritik, tapi kali ini pembangkang juga perlu panas telinga kerana mereka juga akan dikritik keras oleh bekas Ahli Parlimen mereka.
Ini tidak lain dan tidak bukan terdapat peubahan ketara landskap politik khasnya di dewan rakyat dari segi kedudukannya. Dengan Kerajaan BN mempunyai 139 kerusi, dipihak bukan kerajaan pula, DAP mendahului dengan 28 kerusi, PKR 26, PAS 23, PSM 1 dan Bebas 7.
Pertama yang panas pastinya serangan terhadap ANuwar Ibrahim, kes liwat terhadap DSAI telah bermula setelah hampir dua tahun tertangguh, itu pun hanya Saiful Bukhari (pengadu) sahaja yang sempat memberi keterangan dalam pemeriksaan utama. Tak sempat pun pemeriksaan balas kes tertangguh kerana DSAI memohon Hakim menarik diri kerana enggan menghukum akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menyiar gambar bilik tempat kejadian. Patut-patut kalau itu jadi alasan untuk Hakim menarik diri, apatah lagi kalau nak banding dengan permohonan saya memohon panel disiplin bukan Islam menarik diri kerana nak bicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH; patut panel dah tarik diri pun. Tapi itulah namanya politik yop; orang lain semua tak boleh yop, ini pastinya akan jadi buah pukul Zulkifli Nordin dan Mohsin.
Manakal Zahrain dan Tan Tee Beng pula akan menyerang kerajaan DAP khasnya Pulau Pinang. Kes penyalahgunaan kuasa Lee Guan Eng, penidasan terhadap Melayu dan seterusnya menyentuh hubungan antara Pakatan yang sebenar umpa api dalam sekam.
Selain itu, ANuwar juga patut melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, ketua DAP patut pegang jawatan tersebut samada Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak. Sebab perlu diingat atas dasar demokrasi, Pakatan Rakyat adalah parti haram dan tidak berdaftar mengikut undang-undang negara sebagaimana BN. Jadi Speaker harus beri kata dua kepada ANuwar suapay meletakkan jawatan.. dia tidak pegang jawatan tersebut atas nama presiden Pakatan Rakyat.
Sooo... kita tunggu dan lihat...
Askar Melayu dilanggar mati, tubuhkan Suruhanjaya DiRaja?
Faham-fahamlah darah siapa pada cermin kereta Tian Chua
Tian Chua bunuh askar Melayu?
Oleh: Satu Hala
Agak kasar bukan tajuk rencana di atas.
Namun, kalau pegawai-pegawai SPRM Melayu cuba diwarnakan dengan perkauman dalam kematian Teoh Beng Hock dahulu, apa salahnya jika kita memberikan label yang sama ke atas Tian Chua?
Siapa tahu, mungkin pada malam kejadian itu pada Jumaat lalu apa yang terdetik di hati Tian Chua?
Kejadian yang mengorbankan askar Melayu itu, Mohd. Salleh Hamdan, 22, berlaku di Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti berhampiran Kota Tinggi, Johor.
Mungkin askar itu menunggang motosikalnya di tengah jalan sedikit menyebabkan Tian Chua yang ingin sampai cepat ke ceramah Anwar Ibrahim tidak mahu mengelak.
Manalah kita tahu kan kot-kot Tian Chua sengaja membunuh askar berkenaan.
Disebabkan kita semua tidak berada di tempat kejadian, maka kita tidak boleh ambil kejadian itu atas face value semata-mata bahawa ia adalah kemalangan yang tidak disengajakan seperti yang nyatakan Tian Chua.
Mungkin juga ada misteri lain di sebalik apa yang berlaku itu.
Macam juga kononnya ada misteri di sebalik kematian Beng Hock, mungkin askar Melayu yang dilanggar mati Tian Chua juga ada punca lain.
Sengaja dilanggar atau sebaliknya?
Mungkin dakwaan di atas melampau, merepek dan sukar dibuktikan, namun persoalannya sekarang apa agaknya perasaan Tian Chua jika dituduh membunuh askar itu?
Apakah dia buat selamba aje selepas membunuh satu nyawa yang tidak berdosa?
Pembangkang kalau hendak mewujudkan persoalan dan kononnya misteri, maka mereka ini memang pakar.
Kalau kena batang hidung sendiri pandai pulak mengelak.
Sama macam ADUN DAP Sekinchan yang langgar pelajar Melayu sampai koma baru-baru ini.
Apa pun, bagi penulis, satu yang pasti ialah Tian Chua paling kurang perlu didakwa memandu dalam keadaan merbahaya dan kematian tanpa niat.
Persoalan pendakwaan itu memang tidak boleh dinafikan kerana nyawa seorang askar Melayu sudah pun melayang dan pihak yang menyebabkan kematiannya secara tidak sengaja harus diambil tindakan.
Untuk penyokong PKR, jangan kerana yang melanggar itu Tian Chua maka dia tidak boleh diambil tindakan.
Jangan cakap itu konspirasi kerajaan pulak.
Undang-undang menetapkan kalau langgar orang lain sampai mati, maka orang yang melanggar itu perlu didakwa dan diambil tindakan.
Tidak guna bertekak lagi.
Sumber: Malaysia Instinct
Langgan:
Catatan (Atom)
