Popular Today
Rabu, Julai 06, 2011
Demonstrasi haram berSHIT : apa-apa boleh berlaku
Setuju dengan pandangan Awang Selamat, rampasan 36 botol bom petrol, 20 bilah parang dan sejumlah bebola besi dalam serbuan polis Selangor menunjukkan unsur-unsur subversif memang wujud dalam perhimpunan haram Bersih.
Mujur penganjur Bersih menarik balik perhimpunan haram itu diadakan di jalan raya dan ditukar ke stadium. Itu pun setelah diperkenankan menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.
Kalau penganjur Bersih terus berdegil, bayangkan apa yang akan berlaku di ibu negara kita Sabtu ini.
Pada Awang, kita patut berterima kasih kepada pihak polis menghidu terlebih awal ancaman daripada pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada perhimpunan haram Bersih.
Unsur-unsur subversif menggunakan keganasan dan menyebar propaganda komunis patut dikawal dan diperangi habis-habisan.
Jadi, janganlah kita mempersoalkan tindakan polis menggunakan Ordinan Darurat terhadap enam orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dipercayai terlibat dalam kegiatan subversif baru-baru ini.
Awang menyeru kepada rakyat Malaysia, jangan sekali-kali ambil risiko bekerjasama dengan golongan yang hipokrit kononnya mencintai tanah air ini.
Bersyukurlah kita mempunyai pihak berkuasa yang peka menjaga keselamatan kita.
*hakikatnya apa-apa kejadian yang tidak diingini boleh berlaku.. Sesiapa boleh sabotaj demonstrasi haram ni menjadi ganas. Bila perkara ni berlaku maka keadaan sukar untuk mengawal.. Jadi solution terbaik adalah hentikan sahaja demonstrasi haram!!!
Sent from my iPhone
Rabu, Jun 29, 2011
Edisi BerSHIT 2.0 : Nak ikut kata Mufti atau Penggerak IFC
Sebagaimana diketahui penggerak BerSHIT ialah AmPIGa.. Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.
Sekarang Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S. Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.
"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kepada umat Islam.. siapakah yang anda Ikut?
Jumaat, Jun 24, 2011
Edisi BerSHIT : Kebebasan bersuara ala PASberg
Petang tadi, sebuah parti yang baru gugurkan perjuangan negara Islam telah membakar akhbar utusan..
Parti ini merupKan parti baru iaitu parti negara kebajikan... Bagi menggantikan parti Islam semalaysia..
Itulah taraf perjuangan parti tersebut yang semakin songsang.. Bahkan lebih dari itu parti ini sebenarnya tidak layak mengenai Islam.. sebab mereka dah buang perjuangan Islam..
Petang td parti negara berkebajikan membuat tindakan membakar utusan dengan laungan utusan hina Islam.. sebenarnya siapa yg hina Islam selepas perjuangan Islam selama berpuluh tahun lamanya hanya dibakulsampahkan... Begitu juga perjuangan menegakkan hukum Islam yang kini digantikan dgn hukum kebajikan..
Begitu mudah Islam dilakukan sedemikian rupa..
Namun yang paling jelas.. Inilah kebebasan bersuara ala pas.. Lihatlah kartunis zunar yang jells menghina islam.. Begitu juga Dap yang permainkan ayat quran, pihak gereja yang mempermainkan Kalimah Allah.. Kenapa Pas tidak membuat demonstrasi.. Apa yang pas buat hanyalah mempermainkan hukum Allah.. Bagaimana hukum dilaksanakan secara prejudis Dan double standard..
Pas patut bermuhasabah diri Dan bertaubat Dari mempermainkan agama islam..
Sent from my iPhone
Edisi BerSHIT 2.0 : Syabas PAS kerana berjaya didik rakyat jadi biadap!!!
Semala PAS kata UMNO gagal didik ADUN DAP.. ini kenyataan bodoh Pemuda PAS.. bagaimana pula UMNO disalahkan sedangkan PAS yang berkawan dengan DAP.. siapa patut nasihat siapa... bodoh!!! sebenarnya ini taraf pemikiran pemimpin PAS..
Selain itu kita lihat semakin rakyat mengikut didikan pemimpin PAS dan Pakatan ini!!!
Lihat catatan di bawah yang diambil dari blog Mahaguru!!!
Klik di sini untuk melihat bukti kebiadapan para pengkomen halimunan didalam Malaysiakini!
Inilah dia punca kenapa saya amat terkilan dengan portal Malaysiakini yang membuka ruang kepada para pencaci, pencerca dan pengadu domba menghina agama kita, kaum kaum tertentu didalam negara kita dan segala benda yang kita hargai dan hormati.
Saya sudah hilang hormat kepada Kerajaan 2 Sepupu ini. Apa lagi penghinaan yang terpaksa ditanggung umat Islam negara ini dengan kelemahan pentadbiran Kerajaan 1Malaysia ini?
Takkan nak biar sampai jadi Kerajaan 1Pondan kot? 1Darai?
Apa guna memegang kuasa jika tak ada semangat kejantanan untuk bertindak terhadap para penghina ini?
Takkan sudah mangli 2 sepupu ni?
* Mangli adalah apa yang kami orang orang utara sebut seperti dah tak ada perasaan...tak sensitif.
Maki lah macam mana pun, mereka tak kan buat apa pun. Dah biasa...
Khamis, Jun 23, 2011
Wahai Saifudin !! cakap jangan guna kepala lutut
oleh : generasi pejuang bangsa
Bila GPB baca kenyataan media Saifudin Nasusion ini tentang sama Anwar ke atas Jamil Khir dan Pengarah JAWI yang guna wang zakat untuk bayaran kos guaman mereka , rupanya banyak yang Din ini putar belitkan dan sembunyikan perkara sebenar ketika berbahas dengan Dr Mashitah Ibrahim di dewan rakyat .
Memang diakui kes saman oleh Anwar kepada Jamil Khir dan Pengarah JAWI , MAIWP menggunakan wang zakat untuk unit Undang-Undang. Ini kerana MAWIP tidak mempunyai sebarang perolehan.
Bagaimanapun pada tahun ini mulai Januari 2011, pihak Unit Undang undang telah menerima geran kerajaan sebanyak RM500,000 dan segala pembayaran kosberkaitan guaman akan dibiayai melalui wang geran ini.
Pembayaran yang telah didahulukan daripada wang zakat akan diganti semula .
Kita semua tahu penerima zakat hanya terdiri daripada 8 Asnaf tetapi bila Dr Mashitah Ibrahim menerangkan di sidang Parlimen kepada Saifuddin tentang ia boleh dikategorikan di bawah amil ( pengurusan ) , beliau terus terdiam malu ...
sumber : hansard parlimen
Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim:
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Machang. Kita sedia maklum bahawa asnaf yang lapan salah satu daripada asnaf tersebut adalah termasuk amil. Apabila kita bercakap tentang pengurusan dan pentadbiran di dalam MAIWP itu sendiri maka dia termasuk di bawah asnaf amil.
Jadi saya kira pengurusan dengan menggunakan asnaf amil di mana ketika itu Yang Berhormat Menteri dan juga Pengarah melaksanakan tugasnya sebagai salah seorang daripada melaksanakan tanggungjawab agama.
Saya kira dengan menggunakan asnaf di bawah amil bukanlah sesuatu yang ditegah dan ini diperakui sendiri oleh mufti salah seorang daripada Ahli Majlis MAIWP itu sendiri. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]:
Maksudnya Menteri Agama dan Pengarah JAWI termasuk dalam asnaf amil begitu?
Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim:
Tidak, tidak, tidak Yang Berhormat. Pengurusan.Yang Berhormat kena faham. Bukan kata Yang Berhormat Menteri itu termasuk di bawah asnafamil. Sekarang ini pembayaran kepada yuran guaman itu dikira sebagai pembayaran pengurusan dan pentadbiran. Jadi pembayaran atas pengurusan dan pentadbiran Yang Berhormat boleh dimasukkan di bawah asnaf amil.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]:
Yang saya faham ialah di bawah akaun Majlis Agama Islam Wilayah di ada jalur-jalur yang lain. Selain daripada jalur wakaf, akaun zakat, akaun pentadbiran.
Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Kita cuma ada dua sahaja...
Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]:
Tetapi dalam banyak-banyak jalur itu dia pilih zakat, kemudian kemusykilan ini kemusykilan yang pada saya jelas atau penjelasan itu, saya tidak mengajilah bab itu, ya.
Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim:
Jadi Yang Berhormat kena dengarlah sebab saya mengaji bab itu jadi Yang Berhormat.
Beberapa Ahli: [Ketawa]
Kesimpulannya di sini , bila orang yang tak mengaji agama cuba nak berlagak pandai tentang agama , inilah jadinya kepada Saifuddin Nasution .
Bila malu tak boleh jawab , buat sidang media di luar dewan dok menabur fitnah lagi pasal isu ini sedangkan sudah dijawab oleh Dr Mashitah dengan baik dalam dewan
Saifuddin ini hanya berani menabur fitnah dan persepsi buruk sahaja di depan media tetapi bila berbahas di dewan tentang isu agama , macam orang bodoh saja kena .Orang macam ini tak layak jadi MP tapi sepatutnya jadi Pondan Jalan Gaharu saja ..hahaha
Najib membuat pilihan yang tepat memilih Dr Mashitah sebagai Timb Menteri JPM memang tepat sekali dan bukan sahaja cantik tetapi bijak hingga memalukan orang kanan Anwar Pandi Kuitty . haha
EDISI BerSHIT : PAS BENARKAN ISLAM DISAMARATAKAN
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3.Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
6. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
7. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
8. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
9. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
10. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
11. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
12. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
13. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
14. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
15. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Apakah hukum umat Islam menyokong individu yang membuat gerakan Anti Islam?.. tidakkah Allah pernah berfirman yang bermaksud "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) terhadap sesauatu yang ditakuti. Dan Allah memperingatkanmu dari siksa-Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali." (Ali-Imran: 28)
Kesanggupan Pas bekerjasama dengan individu yang dikecam kerana menyokong penubuhan Majlis Antara Agama (IFC) serta menganjurkan 'Forum Memeluk Islam' membuktikan betapa parti itu tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam.
Merujuk kerjasama Pas dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia jelas menunjukkan tindakan Pas kini hanya didorong keinginan mendapatkan kuasa.
Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu membuka mata mengenai sikap tidak konsisten Pas itu yang dibimbangi membawa perpecahan di kalangan Melayu Islam.
"Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.
"Sedangkan al-Quran dan Islam itu konsisten dan digunakan dari zaman ke zaman. Bukan haram hari ini dan halal esok. Kita bimbang kecelaruan dilakukan Pas menyebabkan umat Melayu Islam berpecah-belah," katanya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai cara meningkatkan pendapatan pekebun kecil di Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.
Sewaktu menjadi Presiden Majlis Peguam, Ambiga bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan IFC. Beliau turut dikatakan menyokong Lina Joy berhubung kes murtad.
Tidak setakat itu, beberapa pemimpin dan ahli Pas termasuk Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bersama ahli UMNO, PKR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pernah berdemonstrasi di hadapan bangunan Majlis Peguam kerana membantah Forum Memeluk Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah membuat kenyataan membantah forum tersebut yang dianjurkan sewaktu Ambiga mengetuai pertubuhan tersebut.
Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, sikap tidak konsisten Pas itu bukan sesuatu yang baru malah, telah lama diamalkan demi kelangsungan parti itu.
"Ia menunjukkan apa yang diperkatakan Mursyidul Amnya pada 1999 bahawa beliau boleh menerima pertolongan sesiapa juga termasuk syaitan bagi membantu perjuangan Pas.
"Begitu juga baru-baru ini apabila Mohamad Sabu memegang jawatan timbalan presiden, beliau kata tidak mahu lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya, individu itulah yang dia berikan pelbagai gelaran sebelum ini," ujarnya.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan kerjasama Pas dan Ambiga membuktikan bahawa perkataan 'Islam' hanya menjadi slogan kepada perjuangan mereka.
"Mereka hanya mahukan kuasa bagi memerintah negara dan sanggup bergabung dengan sesiapa saja bagi mencapainya. Sebagai contoh, kalau benar mahu perjuangkan Islam, kenapa mesti membiarkan pilihan raya masjid berlaku di Pulau Pinang?.
"Kalau betul pilihan raya tidak bersih, kenapa sanggup terima mandat memerintah di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah? Tolak mandat itu dan bawa ke mahkamah. Itu lebih baik daripada bawa ke jalanan," katanya.
Rabu, Jun 22, 2011
Selepas 'halalkan' Beer di Selangor, PAS Selangor sertai BEERsih pula
Kini agenda gereja yang dibawa oleh Khalid samad nampaknya lebih diberikan perhatian. Buktinya apabila Khalid gereja dilantik sebagai Tim. Pesuruhjaya Pas Selangor.
Namun ianya bukanlah yang mengeKjutkan.. mengikut sejarah politik malaysia Pas hanya umpama parasite. Mereka hanya menumpang Dan berubah mengikut induk.. lihat sahajah seperti pokok parasite.. itulah hakikatnya.
Perubahan pas sangat radikal.. Dulu mereka kata kerajaan UMNO gunakan Wang haram kerana gunakan hasil arak Judi Dan sebagainya.
Kini rakyat melihat Pas sudah menjadi lebih teruk daripda UMNO apabila bukan sahaja arak Dan Judi telah dihalalkan oleh pas tetapi lebih dahsyat apabila perjuangan Negara Islam yang telah diperjuangkan berpuluh tahun lamanya, akhirnya perjuangan Islam dengan mudah dibuang bagaikan sampah yang tidak berguna.
Kegagalan Pas dalam memperjuangkan isu umat Islam dilihat Pas semakin jauh Dari matlamat asal perjuangan. Dalam Hal ini Dap dilihat lebih cerdik berbanding PAS.. Dap berjaya menjadikan parti itu sebagai parti cauvanis Cina yang langsung tidak tergugat perjuangannya..
Dalam perhimpunan haram BERsih., PAS hanya dilihat sebagai kuda tunggangan Dap atau anjing yang taat kepada Tuannya.. Inilah sebenarnya nilai parti pas.. Kira boleh melihat nanti berapa ketul orang Cina mahupun India yang Akan turut berarak.. Orang Cina tetap duduk di kedai mereka menerima keuntungan perniagaan mereka.. Orang melayu yang hanya dilihat sanggup bersusah payah terpaksa bertempur dengan polis.
Melayu yang terlibat dalam BEERsih 2.0 hakikatnya telah diperbodohkan..




