Popular Today

Selasa, Julai 22, 2008

APABILA SISTEM KEADILAN NEGARA DIPERMAINKAN

Dalam tempoh sebulan ini kita dapat melihat bagaimana Anwar Ibrahim memanipulasi berita dan sistem kehakiman negara.

Bagaimana seseorang yang sepatutnya adalah mangsa kini dituduh pula sebagai penipu. Pelaku pula bergerak bebas bahkan diagong-agongkan oleh pengikut beliau yang taksub.

Kesan daripada tindakan tersebut ialah jika beliau betul-betul melakukan liwat, beliau berjaya meyakinkan rakyat bahawa beliau telah dizalimi. Akhirnya sistem kehakiman yang sepatutnya menegakkan keadilan tidak dapat dijalankan.

Hakikatnya Anwar langsung tidak memberi ruang untuk sistem kehakiman negara ini berjalan dengan lancar. Siasatan yang sepatutnya dijalankan dengan adil dan mudah tidak diikuti oleh Anwar. Ianya memperlihatkan bagaimana Anwar berjaya mengatasi sistem kehakiman negara.

Bagi melicinkan siasatan Anwar sepatutnya 'tutup mulut' begitu juga Majlis Peguam. Biarkan Polis menjalankan siasatan dan biarkan mahkamah menentukan kebenaran.

Adalah sesuatu yang tidak kena dalam sistem keadilan negara jika tertuduh atau pelaku terlepas dari hukuman yang sepatutnya. Dan adalah tidak adil juga sekiranya setiap kali pelaku hendak disiasat, tetapi pelaku juga membuat laporan yang sebaliknya. Sebagaimana Anwar mendakwa Peguam Negara dan Ketua Polis Negara terlibat dalam memalsukan laporan dan akhirnya beliau berjaya menyingkirkan dua tokoh utama dalam siasatan dan pendakwaan tidak terlibat dalam kes beliau. Jika trend ini beterusan maka sistem kehakiman dan keadilan negara akan hancur kerana jika setiap kali pelaku didakwa, tetapi pelaku juga mendakwa pihak yang lain. Akhirnya Pelaku walaupun betul melakukanya berjaya membebaskan diri dan mangsa akan terus menjadi mangsa.

Jadi apakah yang dinamakan keadilan.. Adakah keadilan jika pelaku mendapat hukuman atau mangsa yang mendapt hukuman...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju 100%..selain dari pakar putar belit, anwar juga adalah seorang pembelot kepada negara dan bangsa. Selepas memperlekehkan undang-undang negara berdaulat ini, beliau dengan gahnya membuat sabotaj ekonomi terhadap negara ini dengan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan masyarakat antarabangsa dengan mencanangkan akan mengambil alih pentadbiran negara ini 2 minggu selepas pilihanraya, tunda ke 13 Mei, tunda lagi ke 16 september dan selepas ini entah apa-apa lagi. tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk mengujudkan ketidak stabilan ekonomi dalam negara yang akan menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat kepada kerajaan BN. Bila ini berlaku, (rakyat marah,pelabur takut nak masuk, dll) maka mudahlah beliau meletakkan kesalahan tersebut pada kerajaan BN dan meminta pilihanraya baru di adakan atau memujuk istana negara untuk membubarkan dewan dan seterusnya `merampas kuasa'dengan menggunakan keadaan yang tidak stabil itu untuk kepentingan beliau sendiri. Setelah itu, beliau pasti akan mendapat sokongan dari negara-negara asing yang selama ini menjadikan anwar sebagai kuda tunggangan mereka untuk menguasai ekonomi negara ini. Pelaburan akan masuk berlimpah-limpah hanya untuk seketika (kosmetik),dalam jangka masa pendek akan nampak keindahannya, tapi setelah 5-10 tahun, baru kita akan merasa kesan lambakan ekonomi kosmetik tadi. Kita dan anak-cucu kita akan dibelenggu dengan hutang-piutang,semua perniagaan dalam negara akan di kuasai oleh syarikat-syarikat gergasi asing, yang kita mampu hanyalah gerai-gerai tepi jalan seperti yang berlaku di Indon, kemewahan negara akan di kikis habis dan di bawa keluar dari negara ini, dan kita akan kebuluran dalam negara sendiri.Anwar tetap akan bermegah di atas singgahsana, walaupun pada hakikatnya kosong, zero point...haprak!!!
Apakah itu yang kita mahukan?? Sanggupkah kita membiarkan kegilaan ini berterusan?? Mampukah kita berdiam diri saja melihat ekonomi dan kedaulatan negara ini `di liwat' semahunya?? Anda di luar sana yang tahu dan sedar akibat sandiwara ini harus bertindak, bersatu minda dan tenaga, untuk menahan arus kegilaan anwar dan konco-konconya, dan sekiranya keadaan memaksa, mengambil tindakan drastik untuk `mematikan' langkah-langkah mereka demi kesejahteraan bumi MALAYSIA.

Aspirasi berkata...

Saudara 2rrun

Saya amat tertarik dengan analisis 2rrun...

Inilah sebenarnya yang dikehendaki oleh Anwar..memporak perandakan negara!!!

Public Enemy #1

Kongsi Link Anda