Popular Today

Rabu, Julai 09, 2008

Kecoh: Unit Amal PAS bersalah





Menurut laporan Malaysia kini, Unit Amal PAS menjadi sasaran kritikan anggota Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) susulan kekecohan di pentas sewaktu persembahan pemuzik Carburetor Dung di perhimpunan membantah kenaikan harga minyak, Ahad lalu.

Unit khas bawah Pemuda PAS ini dipersalahkan kerana memboikot kawalan keselamatan di stadium Kelana Jaya sebelum konsert tersebut. Satu sumber memberitahu Malaysiakini, mereka dianggap "telah meninggalkan medan perang" dan "jika unit ini ada, keadaan dipercayai akan lebih terkawal."

Dalam mesyuarat gabungan itu lewat petang semalam, isu penarikan Unit Amal PAS daripada tugasnya itu dibangkitkan sendiri oleh penyelaras Protes dan juga bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan sekretariatnya Aiman Athirah al-Jundi, juga setiausaha Muslimat.

----------------------------------------------------
Kata Rakyat : nampaknya tiada kesepakatan dalam 'Pakatan Pembangkang'. Istilah Pakatan Pembangkang atau Pakatan Rkyat haya ilusi yang dimomokkan oleh pihak pembangkang. Hakikatnya masing-masing membawa bendera masing-masing tanpa megambil kira pihak lain.

Namun apa yang jelas setiap kali program protes atau demonstrasi jalanan. Orang Melayu yang menjadi mangsa dan dipergunakan. Walaupun ramai majoritinya hanyalah orang Melayu.

Khasnya PKR dan PAS, mereka dan penyokong mereka yang dipergunakan kerana kebanyakan peserta dari kalangan orang Melayu iiatu penyokong PAS dan PKR. Manakala DAP hanya tersenyum, kedatangan peserta bukan Melayu seperti kaum Cina dan India boleh dikira dengan jari. Orang bukan Melayu sibuk mencari wang dan membuka perniagaan mereka tetapi orang Melayu yang sibuk berdemonstrasi...

Masih tidak perasankah wahai penyokong pembangkang, kamu hanya dipergunakan....

1 ulasan:

Pemuda Malaysia berkata...

Pembangkang dari PAS dan PKR kan memang bodoh. Suka melihat keadaan kelam-kabut di Malaysia. DAP juga yang tersenyum melihat PAS dan PKR menjadi kuda tunggangan yang setia.

Kongsi Link Anda