Popular Today

Khamis, Oktober 30, 2008

Polemik nama papan tanda

Setelah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia kini masih tercari-cari tulisan dan bahasa apa yang patut ditulis pada papan tanda jalan sehingga menjadi polemik di kalangan rakyat Malaysua.

Samada yang mencadangkan papan tanda jalan ditulis dengan bahasa bukan Melayu seperti Cina, India dan sebagainya tidak faham, bodoh, tidak patriotik dan tidak menghormati bahasa kebangsaan atau sengaja memainkan sentimen perkauman. Adalah pelik, kerana mereka yang mencadangakan ini ialah pemimpin parti tertentu, tetapi telah hilang semanagat patriotismenya dan berjuang berdasarkan sentimen semata-mata. Inilah akibat jika sesuatu pemimpin yang dipilih kerana sentimen dan tidak menghormati perlembagaan negara. Ini amatlah memalukan bagaimana rakyat boleh memilih pemimpin yang tidak mempunyai jatidiri nasional sehingga menjadikan urusan negara ini seperti rojak dan tidak mengikut sistem yang telah tersedia semenjak sekian lama.

Harus diingat, berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Bahasa Melayu boleh ditulis dengan dua cara iaitu rumi dan jawi. Manakala penggunaan bahasa Inggeris yang ditulis pada papan tanda jalan kerana bahasa tersebut adalah bahasa global yang digunakan di peringkat antarabangsa.

Sepatutnya tulisan dan bahasa apa yang patut ditulis tidak wajar menjadi polemik rakyat walaupun papan tanda tersebiut hendak diletak di bandar yang telah diumumkan sebagai bandar warisan dunia.

Permintaan DAP untuk hanya meletakkan bahasa Cina dan India hanyalah berdasarkan sentimen semata-mata. Dan jika hendak meletakkan bahasa yang lain, sepatutnya bahasa Iban dan kadazan adalah lebih utama berbanding bahasa Cina dan India kerana mereka lebih lama bertapak dibumi Malaysia berbanding Cina dan India yang hanya datang pada kurun ke 19 yang lalu. Bagi pemimpin DAP perlulah cermin diri dahulu!

Tetapi Negara ini mempunyai perlembagaan dan undang-undang, maka bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sahajalah yang perlu didaulatkan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Malaysia patutnya utamakan bahasa Malaysia, kenapa pula bahasa bangsa asing pula nak ditonjolkan. Tonjolkanlah aspirasi bahasa bangsa kita Malaysia.

Sentimen kaum tidak perlu ditimbulkan dalam hal ini. Setiap kaum di negara ini kena waras dalam hal bahasa. Tidak perlu bersikap asing dan bodoh dengan pelbagai bahasa di papan tanda.

Tiada negara maju yang berbuat sebegitu kerana ia jelas menyerlahkan ketololan bangsa itu dalam bernegara. Konsep berbahasa sesebuah negara perlu beretika dan tidak ketinggalan nilai estetikanya. awang mat.

Kongsi Link Anda