Popular Today

Jumaat, Disember 12, 2008

Krisis PAS S'gor kian parah

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini mengenai krisis dalaman PAS Selangor yang semakin parah namun dinafikan oleh Datuk Dr Hasan Ali dan mendakwa Utusan Malaysia sebagai melaporkan 'sebalik'nya namun kini terbukti apabila akhbar on-line pilihan utama rakyat Malaysia khasnya pembangkang melaporkan krisis dalaman PAS Selangor.

Menurut laporan tersebut bibit-bibit pergeseran dua pemimpin kanan PAS Selangor mula memuncak sewaktu permukiman pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu di Langkawi sebulan lalu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali didakwa membentang laporan yang mengkritik pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat di negerinya, kata seorang aktivis parti itu.

Pada hal permukiman tersebut diuar-uarkan untuk merapatkan anggota-anggota jawatankuasa pusat PAS dan majlis syura tetapi menjadi medan serangan Dr Hasan terhadap kerajaan Selangor, katanya, yang dikenali Tulang Besi, kepada Malaysiakini.

Susulan laporan yang digambarkan "100 peratus negatif" berkaitan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri, dua minggu selepas permukiman tersebut, maka pemimpin atasan PAS yang tidak berpuas hati memanggil Dewan Harian negeri itu untuk membentang laporan tersebut kepada lajnah politik PAS.

Dr Hasan didakwa membentang laporan yang sama negatif - disanggah oleh Khalid Samad, waktu itu masih timbalan pesuruhjaya II PAS negeri dan anggota lajnah politik.

Wakil rakyat Gombak Setia itu juga disanggah hebat oleh saf kepemimpinan PAS di permukiman tersebut, yang diadakan antara 7 hingga 9 November.

Nampaknya sudah terang lagi bersuluh.... Didalam PAS sendiri tidak ada kesepakatan, malah secara terang-terangan mempunyai 'masalah' dengan Pakatan Rakyat di Selangor. Sebagaiman ditegaskan minyak dan air tidak mungkin boleh bersatu, hak dan batil juga tidak mungkin akan bersatu, PAS, DAP dan PKR tak mungkin dapat bersatu sebenar-benarnya... Semuanya lakonan yang diperlukan untuk mendapatkan undi.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda