Popular Today

Sabtu, Disember 13, 2008

Selamatkah berbogel dihadapan Anwar?

Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota.

Awal minggu lalu, NGO itu mengancam akan “menyerang hendap” Abdul Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas.

Ramlan enggan mendedahkan bilakah "perang" itu akan dilancarkan.

"Kalau dedahkan butirannya, bukan lagi (taktik) serang hendap, tetapi peperangan konvensional," katanya.

Ramlan malah turut mencabar kedua-dua pemimpin PKR itu tampil berdebat dengannya berhubung dakwaaan Reformis bahawa Selangor gagal membela nasib rakyat miskin.

"Saya bagi pihak Reformis mencabar Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid untuk berdebat dengan saya.

kata Aspirasi : Lebih elok berhati-hati dan berfikir dua kali untuk berbogel di hadapan Anwar.. maklum sahajalah kan... jika Tan Sri Khalid tak pe lagi.... tapi kalau dah nak buat demonstrasi bogel ini... eloklah cepat sedikit... Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pun dah hampir...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda