Popular Today

Khamis, April 23, 2009

Liberalisasi 27 sektor perkhidmatan tanpa kekangan Ekuiti Bumiputra , apa kata anda?

Kerajaan perkenal langkah tambahan pikat pelaburan asing jana ekonomi negara

Dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.

Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga akan membuka pasaran sektor kecil perkhidmatan lain secara berperingkat kerana perkhidmatan yang disasarkan itu menjadi sektor pertumbuhan baru ekonomi.

"Tak ada sebarang syarat ekuiti dan ia akan mencetuskan pelaburan yang makin meningkat dan menjadikan sektor perkhidmatan ini lebih berdaya maju, lebih kompetitif dan membolehkan kita bersaing pada peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak akan memberi kesan buruk kepada industri perkhidmatan domestik kerana kerajaan memberi jaminan terus menyokongnya menerusi pembangunan kapasiti dan pembukaan pasaran eksport.

Sokongan itu juga dilakukan menerusi dana berjumlah RM100 juta diperuntukkan di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama yang diuruskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi memperkukuhkan industri tempatan dalam menghadapi persekitaran sektor perkhidmatan lebih terbuka.

Najib berkata, menerusi liberalisasi sektor kecil perkhidmatan itu, kerajaan menjangka lebih banyak aliran masuk pelaburan asing berlaku berbanding 11 peratus daripada keseluruhan pelaburan sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion tahun lalu.

Kerajaan juga membenarkan lima firma guaman asing yang pakar dalam bidang kewangan Islam untuk menawar perkhidmatan di negara ini sebagai sebahagian usaha membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, sebuah Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Mida ditubuhkan bagi memudahkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

Jawatankuasa itu akan bertindak sebagai pusat menerima dan memproses permohonan pelaburan bagi sektor perkhidmatan kecuali perkhidmatan kewangan, pengangkutan udara, utiliti, Koridor Pembangunan Ekonomi, syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Bionexus serta perdagangan pengedaran.

Liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan pula akan diumumkan minggu depan.

Beliau menjelaskan, semua langkah itu sebahagian daripada komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Asean mengenai liberalisasi sektor perkhidmatan.

"Pengumuman liberalisasi kewangan juga adalah sebahagian daripada perjanjian itu, walaupun pelaksanaannya bergantung kepada sesebuah negara," katanya.

Ditanya sama ada liberalisasi itu hanya membabitkan negara Asean, Najib berkata: "Ia terbuka. Apabila dibuka (liberalisasi) kita tidak boleh hadkan (negara)."

Najib berkata, sektor perkhidmatan adalah komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tahun lalu dengan 47.6 peratus daripadanya disumbangkan oleh perkhidmatan bukan kerajaan.

Sektor berkenaan turut menyumbang 57 peratus daripada jumlah pekerjaan di negara ini. Tahun lalu, sektor perkhidmatan menyumbang RM102.1 bilion nilai eksport, manakala import sebanyak RM99.8 bilion.

Mengikut Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Malaysia antara 30 pengeksport utama perkhidmatan di dunia, manakala buat pertama kali pada 2007, Malaysia mencatatkan lebihan dagangan dalam sektor perkhidmatan.

Mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang kali pertama akan dipengerusikannya esok serta kemungkinan berlaku rombakan terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Najib berkata: "Saya tak fikir lagi... balik dari Indonesia baru nak fikir."

Jadi... apa kata anda?

4 ulasan:

Ezad berkata...

salam

pada 1 sudut, aku rasa ada kewajarannya liberalisasi sektor2 tersebut tanpa ekuiti utk bumiputera. ini bagi mempercepatkan proses liberalisasi itu sendiri. kalau nak tunggu setiap syarikat luar mencari rakan kongsi di kalangan bumiputera, alamatnya lambat laaa

tu yang 1.665 bilion unit saham asm yang ditawarkan hari tu, baru jual 7.65 juta. yang hak 999 juta unit pun dah habis dah.

bahagian kita ada, tapi pergunakanlah dulu bahagian kita tu. jgn dok rebut yg lain2 tu.. nanti yg dikejar tak dpt yg dikendong berciciran..

Tanpa Nama berkata...

Padan muka org Melayu; Melayu yang ampu menyokong PKR/PAS and Melayu yang ampu menyokong UMNO. Kerana kita tak bersatu, satu persatu hak kita akan di perungkai kan. Sekali lagi - padan muka org Melayu. Menang sorak kampung tergadai. Yang menang sorak nya - tanya diri sendiri apa yang anda menang/dapat secara individu ? anda sorak orang lain yang dapat.

UiTM Anjing berkata...

Mana Prowaris? Mana student Uitm..tak menyalak ke? Tak demonstrasi ke?

Dasar anjing betul la. menyalak bila tuannya suruh menyelak..

kifli berkata...

UMno Gadai Melayu
Antara isu yang menarik adalam berita nasional semalam ialah mengenai penghapusan keperluan pegangan 30% ekuiti Bumiputera dalam 27 sektor kecil perkhidmatan. Dalam keadaan negara masih gagal mencapai sasaran 30% ekuiti bumiputera seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru, nampaknya Najib Razak mengambil langkah berani menghapuskan terus Dasar ini sepertimana yang diminta oleh Parti MCA, Gerakan dan MIC, rakan parti komponennya dalam BN.

Sekiranya kita masih ingat, perkara yang sama juga pernah dibangkitkan oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sedikit masa dahulu namun akibatnya beliau dicerca oleh keseluruhan pimpinan dan ahli Umno BN termasuk pimpinan NGO Melayu. Akibatnya isu ini terhenti begitu sahaj dan menjadi tidak popular untuk dibangkitan lagi. Nah keadaan kini menjadi sebaliknya. Kalau sebelum ini pimpinan Pakatan Rakyat yang membangkitkan persoalan perlunya pegangan 30% ekuiti Bumiputra dihapuskan, namun sekarang Najib Razak, pemimpin no. 1 pula yang bersuara.

Persoalannya adakah pula selepas ini pemimpin melayu Umno ataupun NGO Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak ini? Ketika pemimpin UBN terus menerus menyerang Nizar kerana menjadi boneka DAP, adakah tindakan Najib Razak ini tidak boleh dipersoalkan?

Untuk pengetahuan kita, ini bukanlah tindakan membunuh usahawan kaum Melayu yang pertama dibuat oleh Najis Razak selepas menerima jawatan Menteri Perdana Malaysia ini. Sebelum ini juga, dalam memperkenalkan barisan kabinet kerajaan pimpinannya yang baru, beliau juga telah menghapuskan satu kementerian yang amat penting dalam pembangunan usahawan kaum Melayu iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan hanya menyerap fungsi tugas kementerian itu kepada 8 Kementerian yang berlainan. Aku harap akan ada pemimpin Umno seperti Ibrahim Ali mahupun Raja-raja Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak kali ini.-

Kongsi Link Anda