Popular Today

Jumaat, April 03, 2009

Najib : bebas 13 tahanan ISA, benarkan akhbar PAS, PKR serta merta

Arahan pertama dan serta merta.... Aspirasi 1 malaysia - satu malaysia mula diterapkan!

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut dibebaskan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya selama lapan minit bersempena jawatan barunya itu, beliau juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.

"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.

"Sudah tepat masanya, kita mengambil langkah-langkah sedemikian untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib atas soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.

Pengumuman mengejut penarikan semula penggantungan akhbar PAS dan PKR itu dijangka memberi kesan besar ke atas tiga pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Perak, Kedah dan Sarawak.

"Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia. Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat 'satu Malaysia'

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda